Jangan ingat jadi suri rumah poket tak ‘kencang’, baca pesanan Mama Ha!

Bergelar suri rumah bukan ‘tiket’ untuk duduk diam di rumah. Di zaman serba serbi lengkap dengan teknologi, ramai suri rumah masa kini yang mengambil peluang untuk menjana pendapatan dari rumah dengan berniaga atas talian.

Bagi Mama Ha atau nama sebenarnya Zaleha Hj Mohd Saman, di sebalik kesibukan mengurus rumah tangga tidak menghalang untuk dia bergiat aktif sebagai peniaga. Berusia 50 tahun, Mama Ha yang merupakan seorang menjalankan perkhidmatan urutan terapi mula menyertai bisnes Chocodap’s pada tahun lalu.

“Sejak pandemik menyerang dunia, banyak pekerjaan yang terjejas. Bidang saya juga tidak terkecuali. Sejak PKP 1.0 dilaksanakan, saya berhenti mengurut memandangkan tidak boleh keluar rumah dan sebagai tukang urut, saya juga bimbang nak buat sentuhan ke mana-mana individu yang mahu diurut.

“Sebelum jadi tukang urut, macam-macam kerja dah saya pernah buat cuma bidang urut memang menjadi periuk nasi sejak empat tahun lalu. Jadi lepas PKP dilaksanakan, peluang sebagai tukang urut semakin terhad. Saya mula fikirkan alternatif untuk jana income.

“Atas sebab itu juga saya mula sertai Chocodap’s memandangkan saya sendiri juga penggemar coklat,” kongsi Mama Ha.

Jelas Mama Ha, dia melihat Chocodap’s sebagai lubuk rezeki bukan sahaja untuk suri rumah malah individu yang minat berniaga atas talian.

“Berniaga online mudah. Macam saya, faktor usia adakala buatkan saya selalu letih. Maklumlah kadang-kadang malam ada sesi 101 bersama team. Tetapi dalam Chocodap’s, aura positif yang ada di sekeliling membuatkan saya bersemangat walaupun badan letih.

“Memandangkan saya sudah ada team sendiri, bisnes jadi lebih seronok dan mudah. Nak berjaya, kita bergerak dalam pasukan. Pasti lebih cepat tiba ke destinasi. Syukur juga saya kini sudah ada pendapatan pasif setiap bulan dengan Chocodap’s,” katanya ceria.

Mama Ha bersama keluarga

Berkongsi pengalaman bersama Chocodap’s, difahamkan Mama Ha bakal menerima ganjaran barang kemas pada hujung tahun ini atas pencapaian membanggakan.

Menyifatkan keluarga sebagai penyokong terbesar dalam hidup, Mama Ha berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bergiat aktif bersama Chocodap’s.

“Bagi saya, usia bukan penghalang untuk kita terus mencuba. Tak perlu tunggu sempurna baru nak bermula. Kejayaan tidak akan datang bergolek, cuba dan perbaiki sampai jadi dan selebihnya kita serah kepada yang maha Esa,” pesannya.

Mama Ha berjaya meraih jualan berkumpulan terkumpul sebanyak RM 70,282.20 sejak Januari sehingga Jun 2021.

Comments

  • SITI FATIMAH BINTI ISMAIL
    09/10/2021 at 12:33 PM

    Pm

  • Rohani binti bontial
    09/10/2021 at 7:54 PM

    Tahniah mama…klu boleh saya pun nak jdi mcm mama jga d sbb kan keadaan saya x dpt berkerja kerna terpaksa d rumah menjaga suami sakit(oku) dan punya ramai anak…

Add a comment