Sediakan wang simpanan untuk anak-anak, biaya percutian ke Australia…Cikgu Yong tak sangka Chocodap’s ubah segalanya!

Kalau ditanya kenapa suka makan coklat? Rata-rata akan menjawab sebab coklat sedap! Betul kan?

Tetapi bagi Yong Aizat atau nama sebenarnya Nuraizat Abdul Halim, coklat bukan saja mampu menggembirakan anak-anak malah kerana coklat juga, dia mampu menerbangkan keluarganya ke Australia. Wow, hebat tu!

“Coklat yang saya maksudkan ialah Chocodap’s. Bercakap mengenai Chocodap’s, terlalu banyak manfaat yang saya dah dapat sejak bergelar ejen. Sejak 2016, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya dan keluarga.

“Sebab Chocodap’s, saya mampu ada simpanan untuk anak-anak. Kalau dulu memang tak ada peluang nak simpan. Bukan itu saja, sebab Chocodap’s juga saya mampu membawa keluarga bercuti ke Australia beberapa tahun lalu. Kenangan yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila,” katanya gembira.

Yong yang merupakan seorang guru juga berkongsi pengalaman lucu sepanjang bergelar ejen Chocodap’s.

“Teringat masa mula-mula saya sertai Chocodap’s. Bila stok sampai, saya sampai kejar bas memandangkan saya bekerja dan waktu stok sampai pula tidak menentu. Kadang-kadang waktu tengah malam atau awal pagi saya dah sampai di stesen bas untuk ambil stok coklat.

“Saya akan bawa suami dan anak-anak bersama. Bila dikenang balik memang tergelak seorang tapi itu pengalaman yang mahal sepanjang saya bersama Chocodap’s iaitu kejar bas,” katanya sambil ketawa.

Yong yang kini menetap di Melaka juga berpeluang membuka akaun Tabung Haji dan menyediakan insurans kesihatan untuk anak-anak dengan hasil menjual Chocodap’s.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang dipinjamkan untuk saya dan keluarga. Dengan hasil berniaga, dapat saya bantu ibu-bapa dan adik beradik. Siapa sangka dari hobi makan coklat akhirnya dapat menaik taraf keluarga kecil saya.

“Saya sendiri tak sangka, lima tahun lalu, sales saya hanya tiga angka dan angka terus meningkat sehingga mencecah enam angka untuk jualan berkumpulan. Paling beruntung, saya bukan hanya dapat bantu keluarga malah ramai usahawan baharu di luar sana yang mahu memperbaiki taraf kewangan agar lebih mampan dan selesa,” akhirinya.  

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment