“Kenal Chocodap’s 2017, masa tu tak terfikir langsung nak join,”- Suri rumah nekad berniaga sementara tunggu pandemik berakhir

Akibat pandemik, jutaan pekerja kehilangan pekerjaan berikutan wabak yang masih mengganas sehingga kini.

Namun bagi Nora Misri, dia menyifatkan situasi yang sedang dilalui sejak tahun lalu mengajarnya untuk lebih tenang menghadapi dugaan.

Kongsi Nora, suaminya yang merupakan juruteknik di Singapura mengambil keputusan untuk berehat sementara menunggu pandemik berakhir.

“Saya merupakan suri rumah sepenuh masa manakala suami pula bertugas di Singapura sebelum ini. Gara-gara pandemik, dia mengambil keputusan untuk berehat sementara menunggu kes Covid-19 berakhir atau sekurangnya surut.

“Ada hikmah di sebalik ujian pendemik. Saya dan suami nekad memulakan bisnes demi kelangsungan hidup keluarga,” kata Nora yang memiliki seorang anak.

Nora yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sejak 2017 berkongsi pengalaman pertama kali mengenali jenama Chocodap’s sejak empat tahun lalu.

“Saya pernah order dan makan Chocodap’s pada tahun 2017. Waktu itu saya tak fikir langsung pun nak berniaga coklat. Suami bawa pulang Chocodap’s, bila dah gigit sekali…aduh sedap betul!.

“Dengan kualiti rasa yang hebat, harga pula tak mahal, saya yakin Chocodap’s mampu menandingi coklat yang ada di pasaran.

“Masa tu belum lagi jadi ejen. Saya mula join Chocodap’s pada Oktober 2019 tetapi tak berapa aktif waktu itu. Awal tahun 2020 bermula fasa di mana saya all out dengan Chocodap’s. Memandangkan suami tidak lagi berulang alik JB-Singapura, kami mengusahakan Chocodap’s bersama,” katanya ceria.

Wanita yang menetap di Ulu Tiram, Johor Bahru ini juga tidak menyangka perjalanannya bersama Chocodap’s terus utuh sehingga ke hari ini malah perniagaan semakin selesa dari masa ke semasa.

Menyifatkan coklat antara makanan popular di musim pandemik, Nora mengajak sesiapa di luar sana menyertai Chocodap’s untuk menjana pendapatan luar biasa.

“Kalau rajin, Insha Allah anda sendiri terkejut tengok hasil jualan. Pucuk pangkal dia, kena usaha. Apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan pasti akan berjaya kalau kita rajin berusaha.  

“Saya berharap lebih ramai suri rumah atau yang kehilangan kerja akibat pandemik untuk turut serta dalam keluarga Chocodap’s,” pesannya.

Nora dan suami juga bersyukur dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus untuk berkongsi dengan ibu mertua tersayang. Menurut Nora, usah takut untuk mula berniaga kerana jika kena caranya, gaji diterima bakal lebih banyak berbanding bekerja di pejabat.

Untuk rekod, Nora berjaya meraih jualan berkumpulan sebanyak RM11,534 pada Julai 2021.

Semoga terus sukses Nora & team di Johor Bahru!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment