Dari hobi ke bisnes, Dr Rara kongsi pengalaman pertama ‘terjebak’ dengan Chocodap’s

Dari mata jatuh ke hati. Itu perumpamaan tepat untuk Dr Rashidah Rahamat atau lebih mesra disapa sebagai Dr Rara.

Meskipun sibuk menjalankan tugas sebagai pensyarah di Pusat Latihan Bahasa Inggeris, Dr Rara tetap bersemangat menjalankan perniagaan Chocodap’s sejak November tahun lalu.

“Kalau nak tahu ini merupakan bisnes pertama yang saya ceburi. Sebelum ini belum pernah. Saya memang suka makan coklat dan tak sangka dari hobi akhirnya membawa ke sini.

“Sejak berpeluang kenal lebih mendalam dengan jenama Chocodap’s, hati saya terus terpaut. Saya masih ingat lagi, saya dengar penerangan tentang Chocodap’s pada jam 5.30 petang, waktu itu saya masih baru nak mendaftar. Malam itu juga saya terima tempahan coklat yang di luar jangkaan. Pengalaman yang saya tidak akan lupakan,” kongsinya.

Selain daripada aktif berniaga coklat, Dr Rara yang merupakan pemegang Ijazah peringkat Doktor Falsafah (PhD) ini turut berkongsi pengalaman menarik iaitu dia berpeluang menyertai sebuah persidangan di Cambodia beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dilaksanakan.

“Walaupun sibuk ke sana sini, saya masih ada masa untuk berbisnes. Buktinya saya dapat recruit dua orang Dropship dan jumlah itu terus meningkat pada bulan pertama.

“Bukan itu sahaja, suami adalah ejen pertama direkruit di bawah team saya manakala anak saya juga menyertai sebagai Dropship.

“Saya bersama suami, anak serta ejen-ejen lain di bawah team saya melalui fasa yang menggembirakan sepanjang bersam Chocodap’s. Selepas 10 bulan bersama Chocodap’s, hala tuju saya bersama team semakin jelas dalam bisnes coklat ini,” katanya yang mencapai jualan berkumpulan RM 12,162.50 pada Julai lalu.

Dr Rara juga berharap agar lebih ramai orang di luar sana yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik untuk menyertai Chocodap’s.

Untuk anda yang perlukan bimbingan atau nak tahu selok belok dalam bisnes Chocodap’s, boleh hubungi Dr Rara di Facebook Page D’Rara Empire.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment