Nekad resign selepas dapat tahu hamil kembar, Komathi tak pernah menyesal malah…

Bergelar suri rumah bukan halangan untuk memasang impian. Bagi Puan Komathi A/P Blellawah @ Komathi, dia tidak pernah menyesal meninggalkan status sebagai wanita bekerjaya tiga tahun lalu.

Jelas wanita berusia 35 tahun ini, dia nekad untuk meletak jawatan  selepas mendapat tahu dirinya hamil anak kembar.

“Banyak sebab kenapa saya tinggalkan karier bekerja di pejabat. Selepas saya dapat tahu saya hamil anak kembar, saya dan suami amat gembira selepas sekian lama kami menanti kelahiran sulung. Saya berkahwin pada tahun 2013 dan sudah lama menunggu saat untuk bergelar ibu.

“Atas sebab itu juga, saya nekad untuk berhenti kerja dan fokus bergelar suri rumah sepenuh masa,” katanya ketika dihubungi.

Komathi yang menetap di Petaling Jaya memberitahu apa yang membuatkan dirinya minat untuk mula berniaga apabila kadang kala perasaan rindu untuk bekerja datang menyapa.

“Tipu kalau saya kata tak rindu nak bekerja. Sebelum ini setiap bulan ada gaji sendiri. Dalam masa sama, saya mencari peluang untuk berniaga dari rumah.

“Saya bertuah apabila berjumpa dengan produk Chocodap’s yang membantu ramai golongan suri rumah menjana pendapatan ribuan Ringgit setiap bulan,” katanya teruja.

Mula menyertai Chocodap’s pada Februari 2021, Komathi menyifatkan penglibatannya dengan bisnes Chocodap’s membuka pintu rezeki buatnya sekeluarga.

“Saya kini ada tiga anak yang sedang membesar. Saya tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada suami kerana saya faham dia juga banyak tanggungan. Selepas bergelar ejen Chocodap’s, saya dapat membantu keluarga dari segi kewangan.

“Besar harapan saya untuk lihat suri rumah di luar sana berjaya di atas kaki sendiri. Zaman sekarang, tidak perlu ke pejabat juga boleh jana pendapatan. Asalkan ada kemahuan dan usaha, pasti Tuhan akan bantu,” akhirinya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik sepanjang berniaga Chocodap’s ialah Rm78,383 sejak Februari sehingga Julai 2021.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment