Tahniah Tuan Farhan, Ticer Sarah…Baby Number 4 is HERE!

BABY 1 MUHARRAM 1443, BABY CHOCODAP’S. Jutaan syukur untuk hari yang sangat mulia 1 Muharram lahirnya putera ketiga pengasas Chocodap’s, Ticer Sarah dan suami, Tuan Farhan Zainuddin pada jam 11.16 pagi semalam seberat 3.2kg.

“MasyaAllah memang mama bayangkan nak hari ni walaupun due date nya 21 Ogos. Biasa kakak abang memang 37w/38w.

“Terima kasih buat pasangan rusuk yang sentiasa disisi Farhan Zainuddin setiap kali bersalin. Berkat doa En Suami, ibu ayah kami, adik beradik, saudara mara dan sahabat2 semua, syukur sangat dipermudahkan segala urusan hari ni. 2 jam sahaja dalam labour room, dan sakit sangat pun less than 30minit,” tulis Ticer Sarah di Facebooknya.

Doakan agar bayi ini menjadi anak soleh, bertakwa, berbakti pada orang tua, mengikut sunnah Rasulullah saw & perintah Allah swt. Aminn Ya Allah 🤲🏻

#1Muharram1443

#10Ogos2021

#CintaHatiPapaMama

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment