Buka Lembaran Baru Dengan Chocodap’s, “Saya pernah rugi ribuan Ringgit…”

Pernah menceburkan diri dalam beberapa jenis produk perniagaan sebelum ini, Siti Maryam Abd Ghani atau Maryam mengakui pernah mengalami kerugian ribuan Ringgit.

Kongsi Maryam yang merupakan seorang penjawat awam, kegagalan dalam perniagaan terdahulu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.

“Dulu saya pernah berniaga satu produk terkenal. Waktu itu saya buat pinjaman peribadi untuk jadikan modal berniaga. Perniagaan tak menjadi, tiada pulangan modal seterusnya saya terpaksa membayar hutang.

“Selepas itu saya ada cuba berniaga produk kesihatan dan kecantikan. Mungkin rezeki saya tak berpihak di situ jadi bisnes yang saya usahakan akhirnya terhenti di tengah jalan,” katanya.

Meskipun sibuk di pejabat dan mengurus empat orang anak, ia bukan halangan untuk Maryam meneruskan impian untuk berniaga secara sambilan.

Ujar Maryam, apa yang membuatkan dia jatuh hati untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Chocodap’s adalah kerana anaknya.

“Saya mempunyai seorang anak Autism yang suka sangat makan coklat. Dekat rumah wajib ada coklat. Dulu saya selalu belikan coklat berjenama yang dikenali seluruh dunia. Tak perlu mention nama jenama tetapi kalau saya sebut pasti semua tahu.

“Nak jadikan cerita, sejak saya cuba tukar ke Chocodap’s, anak saya dah tak tanya lagi tentang coklat yang dia selalu makan sebelum ini. Nampak tak hebatnya Chocodap’s, rasanya boleh menandingi keenakan coklat antarabangsa,” katanya ceria.

Menyertai Chocodap’s sejak 26 Jun 2020, Maryam memberitahu dia mula mengenali jenama Chocodap’s menerusi kakak yang terlebih dahulu bergelar ejen.

“Pada awalnya, saya beli dari kakak dan ada juga tolong dia promote Chocodap’s pada kawan-kawan, dapat juga komisyen waktu itu. Dalam masa sama, saya juga merupakan pelanggan setia Chocodap’s ketika itu memandangkan anak saya suka sangat makan Chocodap’s. Kira ‘sambil menyelam dapat minum air’ juga lah ni.

“Jun 2020 saya mula join Chocodap’s. Rakan sepejabat dah mula order untuk buat door gift. Terus order dua kilogram waktu itu. Bila order dah mula masuk rasa seronok sangat. Alhamdulillah, sampai sekarang masih banyak permintaan dan saya harap dapat konsisten dengan Chocodap’s,” ujarnya.

Untuk rekod, Maryam memperoleh jualan peribadi sebanyak RM 20, 923 sepanjang bergelar ejen Chocodap’s sejak Jun 2020 sehingga sekarang.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment