SEBAK! ‘KOLAM JIWA’ BERSAMA CIKGU JINGGO UNDANG AIR MATA

Selama dua malam berlangsungnya program Kolam Jiwa bersama pakar motivasi terkenal, Cikgu Jinggo. Dalam sesi selama satu jam setengah itu, hampir 300 peserta yang terdiri daripada ejen Chocodap’s dapat ‘menyedut’ ilmu perniagaan dan cara untuk mengekalkan momentum sepanjang berbisnes.

Berkali Cikgu Jinggo menyebut ‘Orang yang tiada matlamat ibarat seperti bermain bola tanpa tiang gol’

Dalam mengejar cita-cita, setiap orang yang mempunyai matlamat harus pastikan impian biarlah jelas.

Menunjukkan Vision Board yang dihasilkan beberapa tahun lalu, sudah tentu kami teruja melihat satu per satu impian Cikgu Jinggo menjadi kenyataan.

“Kenal pasti tembok yang menjadi penghalang. Bertindak dan berubah dari sekarang. Amalkan 7 S ini,” kongsinya.

  1. STRATEGY
  2. SPACE
  3. SKILL
  4. SUPPORT
  5. SPIRITUAL
  6. SCORE
  7. SPIRIT

Dalam masa sama, Cikgu Jinggo turut berkongsi pengalaman sewaktu kecil di mana dia bukan lah favourite child di rumah.

“Saya selalu rasa di belakang berbanding adik-beradik lain. Kalau waktu kecil hingga zaman remaja, saya membesar dengan perasaan marah kepada bapa. Hasilnya, apa jua urusan yang saya buat semua tak menjadi.

“Tetapi segalanya berubah selepas saya singkirkan perasaan ‘hitam’ itu dari hati dan berbaik malah saya kini menjadi sahabat baik bapa. Segala apa yang saya kecapi hari ini hasil selepas saya buang jauh-jauh perasaan marah itu,” katanya yang mengundang sebak peserta.

Pesan Cikgu Jinggo sebelum sesi berakhir, sentiasa jaga hubungan dengan Allah SWT, keluarga dan sahabat sekeliling, Insha Allah kejayaan akan sentiasa mendampingi hidup kita.

Pesannya lagi, “Buat vision board biarlah dengan kolam jiwa yang bersih”

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment