Teruja buat Qurban, Tahniah Erdayu, Ryna!

Dalam surah al-Kauthar ayat 2: “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda kesyukuran).”

Bagi Puan Erdayu Rosli, Aidiladha pada tahun ini memberi makna yang cukup bererti kepadanya sekeluarga.

Berkongsi cerita bersama kami, ini merupakan pengalaman pertama dia menunaikan ibadah Qurban.

“Dulu selalu tengok orang lain buat, dalam hati teringin sangat tapi tak berkemampuan. Buat aqiqah anak pun suami bayarkan, itupun dia kena kumpul awal.

“Syukur Alhamdulillah tahun ini, niat saya dipermudahkan untuk menyertai ibadah Qurban yang dianjurkan di bawah pengurusan Richwork.

“Perasaan saya bercampur, terharu dalam masa sebak bila tengok kambing ini. Syukur segalanya dipermudahkan,” katanya.

Erdayu atau mesra disapa sebagai Bunda Ayu membelanjakan sebanyak RM 650 untuk penyertaan pada tahun ini.

Dalam masa sama, dia berharap dikurniakan rezeki untuk menyertai program Qurban pada tahun-tahun akan datang.

Seorang lagi ejen Chocodap’s iaitu Nursalfarina Awaludin atau Ryna turut menyertai ibadah Qurban pada tahun ini.  

“Ini merupakan kali kedua saya menyertai ibadah Qurban anjuran EZ Qurban. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” ujarnya yang membelanjakan RM 320 untuk penyertaan tahun ini.

Mudah-mudahan ibadah korban yang dilakukan ini mendapat reda Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment