Pertama kali sertai ibadah Qurban hasil Chocodap’s, “Terima kasih Allah atas rezeki yang banyak”

Bekas kakitangan syarikat pengusaha Oil & Gas yang kini merupakan ejen Chocodap’s sepenuh masa, Noraishah Abdullah (J2V) teruja apabila berpeluang menyertai program Qurban pada Aidiladha tahun ini.

Noraishah atau mesra dengan panggilan Kak Sha ketika dihubungi memberitahu dia menyertai program Qurban di Makkah yang mana kos penyertaan menggunakan wang hasil jualan Chocodap’s sepenuhnya.

“Syukur Alhamdulillah tahun ini kak Sha dipinjamkan rezeki yang banyak selepas sertai Chocodap’s. Kalau sebelum ini 15 tahun kak Sha bekerja makan gaji, kak Sha jarang join Qurban kerana masalah tiada simpanan. Tetapi Alhamdulillah tahun ini berbeza.

“Sejak menyertai Chocodap’s sepenuh masa, kak Sha berhasil untuk menabung. Jadi tak salah untuk kak Sha berkongsi rezeki diterima sepanjang tahun ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” katanya ceria.

Kongsi Kak Sha, giliran Qurban di bawah namanya dijadualkan pada petang ini. Program Qurban yang dijalankan di Makkah itu diuruskan oleh syarikat Halawah Haramain.

“Nombor giliran kak Sha pada hari ini adalah 163 seperti yang dilampirkan di atas. Ini merupakan kali pertama kak Sha sertai program dengan menggunakan hasil berniaga Chocodap’s memandangkan sebelum ini bekerja makan gaji. Sekarang kerja sendiri. Berbeza ketika makan gaji, kak Sha kena menabung sebelum join tetapi tahun ini ada rezeki banyak.

“Kak Sha bersyukur sangat dengan pemberian rezeki yang melimpah ruah sejak sertai Chocodap’s. Berkat hasil berbisnes, kak Sha berharap dengan Qurban ini, dapat membantu umat Islam untuk sama-sama mendapat manfaat yang sama.

“Doakan agar rezeki kak Sha terus mengalir bak air Zam-Zam, kalau boleh kak Sha nak sertai setiap tahun,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment