Elak ziarah, jamuan lepas solat…Jom semak amalan sunat pagi Aidiladha!

Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidiladha, jangan sesekali melanggar prosedur operasi standard (SOP) ya! Takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan atau majlis jamuan hari raya adalah sama sekali tidak dibenarkan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa solat sunat Aidiladha dan khutbah hari raya serta ibadah korban bagi tahun ini dibenarkan dengan mengikut ketetapan SOP dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Ambil tahu beberapa amalan sunat di pagi Aidiladha yang jatuh pada esok hari. Antara ialah:

1. Mandi sunat Aidiladha.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada ALLAH SWT.

3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

5. Sunat menjamah makan minum selepas pulang dari masjid.

6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijah hingga waktu Asar 13 Zulhijah, (takbir muqayyad).

8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.

9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Takbir

-Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran ALLAH.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).” (Riwayat al-Tabarani).

– Pada Hari Raya Aidiladha disunatkan bertakbir (takbir muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijah.

(Sumber: Facebook Daie Media Sosial)

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment