Digelar ‘Saudagar Coklat’ di pejabat, Ummi Yati kongsi pengalaman lucu,”Saya pernah jatuh…”

“Niat asal saya join Chocodap’s pada awalnya untuk cari duit sebab nak bersalin dua tahun lepas. Tak sangka sampai ke tahap ini, Alhamdulillah,” kata Norhayati Ismail atau disapa sebagai Ummi Yati.

Ibu tiga anak ini memberitahu bermodalkan RM 350 pada Jun 2019, dia menyertai keluarga besar Chocodap’s

“Saya ternampak iklan di Facebook. Masa tu saya bakal melahirkan anak ketiga dan nak cari duit lebih. Saya bermula sebagai Dropship. Mula-mula saya tak tahu boleh join sebaga ejen dan semasa saya order kali pertama, masa tu tak ada customer lagi. Main order je dulu,” katanya ceria.

Dengan lima kilogram coklat dalam tangan ketika itu, Ummi Yati terkejut apabila Chocodap’s licin dijual selepas dua hari,

Ummi Yati yang bekerja sebagai pegawai pentadbir di sebuah syarikat insurans memberitahu dia dipanggil ‘Saudagar Coklat’ di pejabatnya.

“Boleh dikatakan setiap hari saya bawa coklat atas motor sampai saya dipanggil Saudagar Coklat di kalangan rakan-rakan di pejabat.

“Saya pernah berdepan pengalaman lucu yang tak boleh lupa apabila letak banyak sangat coklat atas motor sampai saya jatuh dibuatnya. Waktu itu saya bawa lebih 10 kilogram Chocodap’s, mana tak jatuh,” katanya tertawa.

Hasil berniaga Chocodap’s selama dua tahun, Ummi Yati tidak pernah culas menghulurkan wang bulanan kepada keluarga termasuk ibu-bapa dan mertua.

“Kalau nak berharap pada satu gaji sahaja, tinggal di Kuala Lumpur ni, agak mustahil untuk mewah. Bila bayar hutang rumah, kereta, bil, dalam satu hari boleh habis juga.

“Sejak join Chocodap’s, Alhamdulillah saya dapat bantu keluarga malah dapat buat hari jadi untuk ipar duai. Kita kongsi rezeki yang diterima. Saya juga mula membayar zakat sejak bersama Chocodap’s. Nampak beza selepas menunaikan Rukun Islam keempat setiap bulan.

“Insha Allah doakan saya terus setia dan maju bersama Chocodap’s kerana saya berhasrat untuk bawa ibu-bapa menunaikan Haji. Selain itu, saya juga berdoa dapat hidup tenang dengan bebas dari segala hutang,” katanya bersemangat.

Ummi Yati merekodkan pencapaian terbaik pada tahun lalu apabila merekodkan jualan berkumpulan sebanyak RM100,143 tahun lalu.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment