Raya tetap Raya! Hidangan ini boleh ubah suasana, yang penting Chocodap’s…

Aidiladha bakal tiba tak lama lagi! Bagi memeriahkan suasana Aidiladha nanti, pelbagai juadah disediakan. Walaupun tak dapat lakukan aktiviti ziarah seperti tahun sebelum ini, Raya Tetap Raya!

Walaupun hanya duduk rumah tanpa ke mana-mana, mesti anda dah mula fikirkan menu hidangan yang ingin disediakan menjelang pagi Aidiladha nanti kan?

Tak lengkap Raya Aidilfitri atau Aidiladha kalau tiada hidangan ini atas meja.

  1. Lemang

Proses membakarnya memang agak lama, tetapi berbaloi bila menjamahnya. Dimakan pula dengan rendang atau serunding, aduh memang boleh gila bayang dibuatnya!

2. Ketupat

Ketupat merupakan hidangan yang sering kita nikmati menjelang hari raya. Kelongsong ketupat diperbuat menggunakan pucuk daun kelapa yang dianyam menjadi kelongsong. Terdapat beberapa jenis ketupat yang sering disediakan sebagai juadah di hari raya. Antaranya adalah ketupat nasi, ketupat lemak, serta ketupat palas.

3. Nasi Impit

Ketulan nasi yang dipotong bak dadu, kalau dimakan dengan rendang atau kurma ayam, waduh…sedap menjilat jari guys! Boleh dimakan bersama rendang, serunding, sambal goreng dan sebagainya.

4. Dodol

Nak membuatnya memang lama, tapi kalau terbayang kesedapannya, mesti korang tak kisah nak kacau dodol walaupun ambil masa berjam. Pelengkap juadah raya atas meja, dodol datang dalam pelbagai perisa antaranya durian dan pisang.

5. Chocodap’s

Tak kira tua atau muda, semua pasti suka. Cuba hidang Chocodap’s atas meja, tak sampai berapa minit, gerenti licin! Sambil bersantai depan TV, berborak bersama anak-anak, hidangkan Chocodap’s dalam balang. Pasti meriah Aidiladha kali ini.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment