Pendapatan suami terjejas, Umadevi enggan mengalah,”Saya nak jadi suri rumah berjaya”

“Akibat pandemik, pendapatan suami antara yang terjejas teruk. Sebagai isteri, saya tak nak tengok hanya dia seorang yang bekerja keras untuk ubah nasib keluarga,” kata Umadevi A/P Blellawah atau mesra dipanggil Uma.

Kongsi Uma yang merupakan suri rumah sebelum ini, suaminya merupakan seorang mekanik dan menyara dia beserta empat orang anak termasuk bapanya.

“Musim PKP memberi kesan besar buat suami saya. Pendapatan suami sepanjang tempoh lockdown terjejas teruk. Kami ada hutang yang perlu diselesaikan.

“Anak sulung kini menyambung pengajian di Universiti di Sarawak. Sedikit sebanyak saya buntu nak cari duit kerana semuanya memerlukan kos tinggi. Saya perlu bergantung pada suami yang kerja seorang menyara tujuh ahli keluarga dan pada masa sama tanggung kos belajar tiga lagi anak,” luahnya.

Keinginan membantu suami mencari duit membuak kerana tidak sampai hati melihat suami bekerja seorang diri.

Mujur adiknya, Komathi yang merupakan ejen Chocodap’s memperkenalkan jenama coklat pada awal Mei lepas.

“Ketika itu saya sangat buntu nak cari peluang bekerja. Tiba-tiba saya terima panggilan daripada adik, Komathi.

“Dia mengajak saya untuk join Chocodap’s. Banyak ilmu bermanfaat dan info mengenai Chocodap’s yang dikongsi.

“Adik terangkan kelebihan dan ganjaran yang saya boleh dapat melalui bisnes Chocodap’s. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukur kerana hadirkan peluang yang sangat bernilai ini. Hal ini membuatkan saya nak berusaha dan selesaikan segala hutang piutang,” katanya gembira.

Kata Uma, dia berhasrat untuk berjaya seperti usahawan Chocodap’s yang berada di peringkat King.

“Kalau ditanya tentang big why, saya tak nak dipandang rendah oleh orang lain. Saya nak jadi suri rumah yang berjaya. Saya tak boleh bergantung pada suami saya seorang untuk menyara keluarga,” katanya.

Sepanjang berniaga coklat, Uma Berjaya meraih pendapatan empat angka dengan jualan peribadi sebanyak RM3,830 (Mei) & RM6,273 (Jun).

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment