Sumber pendapatan terjejas angkara Covid-19, ibu muda atur langkah

Memegang status sebagai ibu muda merubah cara Wanie atau nama sebenarnya Nursazwanie Samsulnizam berfikir sekaligus menjadikan dia seorang wanita yang lebih matang.

Berkahwin pada usia 18 tahun, Wanie yang juga merupakan seorang suri rumah merupakan ahli keluarga terbaharu Chocodap’s.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lepas, keluarga kecil kami antara yang turut terjejas.

“Sebelum ini macam-macam kerja yang suami buat termasuklah kerja-kerja kampung. Cuma sejak wabak Covid-19 bermula, kerja dah tak banyak macam selalu,” katanya yang kini berusia 24 tahun.

Wanie yang menetap di Rembau, Negeri Sembilan ini nekad membantu memperbaiki taraf kewangan keluarga dengan menyertai Chocodap’s.

“Sebenarnya saya baru saja bermula dengan Chocodap’s. Terima kasih kepada Ticer Rina yang membimbing saya selok-belok untuk berniaga coklat.

“Walaupun saya sedang mengandung anak ketiga, saya mahu mencuba sehabis baik memberi keselesaan untuk anak yang bakal lahir tak lama lagi.

“Hamil bukan alasan untuk duduk diam di rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bantu suami juga,” katanya yang kini hamil lima bulan.

Berkongsi pengalaman awal berniaga, dia berterima kasih dengan suami yang mencuba sedaya upaya untuk mencari modal pendahuluan.

“Sebelum ini, saya tiada duit simpanan. Jadi nak mula berniaga memang tak ada duit. Saya terharu bila suami ikhtiar untuk mencari duit modal.

“Bila dah mula berniaga, Alhamdulillah saya dah dapat ‘rentak’ dan seronok bila dah dapat pusing modal,” katanya memberitahu Chocodap’s mendapat sambutan baik di kawasan perumahannya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment