“Cikgu harini ada coklat tak?”- Chocodap’s bangkit semangat PdPR!

“Memang betul duit bukan segalanya tapi zaman sekarang, segala aktiviti yang berlaku di luar atau dalam rumah memerlukan duit,” luah Sazarina binti Jamaludin atau mesra disapa sebagai Ticer Rina.

Ujar Ticer Rina yang bertugas sebagai tenaga pengajar di Kolej Vokasional Rembau, dia gembira diperkenalkan dengan jenama Chocodap’s yang bukan sekadar mengubah nasib malah merangsang emosi kegembiraan.

“Ada pelajar yang nampak saya je akan tanya, ‘Cikgu harini ada coklat tak?’. Coklat ibarat pembangkit semangat untuk anak-anak murid saya belajar walaupun ketika ini dalam fasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Suka betul mereka dengan Chocodap’s.

“Dalam masa sama, saya gembira ditemukan dengan produk yang diibaratkan sebagai life changer untuk saya dan keluarga,” kongsinya.

Kongsi wanita berusia 41 tahun ini, dia mula mengenali jenama Chocodap’s pada Julai 2020 selepas diperkenalkan oleh Encik Emy atau Abang Jago yang merupakan sahabatnya ketika di bangku sekolah.

“Awalnya sekadar santai-santai order untuk makan sekeluarga tetapi saya mula fokus dan serius untuk mengembangkan team bermula bulan November 2020. Sambil makan coklat sambil jana income untuk keluarga.

“Walaupun saya ada kerja dan pendapatan tetap, tidak bermakna saya boleh duduk di zon selesa setiap masa. Kita tidak boleh jangka apa yang berlaku pada masa depan. Saya juga perlu bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan kewangan memandangkan saya mempunya tiga orang anak yang sedang membesar.

“Tambahan pula saya dan suami menjalani hidup Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) dan fokus kami kepada keperluan membesarkan anak-anak dan perbelanjaan ulang-alik ke tempat kerja setiap hari,” katanya yang menetap di Senawang.

Tambahnya, dia bersyukur dengan hasil jualan Chocodap’s juga, dia dan suami dapat membuat simpanan untuk menampung kos perubatan anak sulung berusia 15 tahun yang mengalami penyakit Auto Immune.

“Bukan itu sahaja, manisnya setelah bersama Chocodap’s, saya dapat menyediakan keperluan tanpa perlu tunggu duit gaji. Dapat membuat simpanan serta mewujudkan beberapa pecahan hasil pendapatan untuk diberi kepada yg memerlukan.

“Syukur dengan Chocodap’s, fast cash setiap hari dan berbelanja tanpa usik duit gaji,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment