Bersara tahun depan, Kak Izzah dah mula siap sedia, “Mujur ada Chocodap’s”

Menetap di Kuala Lumpur sudah tentu memakan kos hidup yang tinggi. Tidak hairan kalau kita lihat ada di antara warga emas yang masih membanting tulang untuk mencari rezeki.

Bagi Puan Faridza Shuzana Mohd Yusof atau lebih mesra disapa sebagai Kak Izzah, dia mempunyai perancangan untuk mengusahakan sesuatu selepas bersara nanti.

Kongsi Kak Izzah, dia bakal bersara pada tahun depan selepas sekian lama berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan.

“Wanita bila dah biasa bekerja pasti dia tak nak duduk diam di rumah saja. Pasti nak buat sesuatu terutama untuk tambah income bulanan.

“Atas sebab itu juga saya minat untuk aktif berniaga,” kata wanita berusia 55 tahun ini.

Cerita Kak Izzah, dia pernah berniaga kuih dan air balang sebelum ini tetapi usaha itu terhenti selepas dia kehilangan anak tersayang pada Ogos 2018.

“Arwah selalu membantu saya berniaga di depan rumah. Ketika itu, arwah masih di bangku sekolah, tiga bulan sebelum menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Susah saya nak lupakan pemergiannya secara tiba-tiba. Bayangkan saya terima panggilan dari sekolah memberitahu arwah tiba-tiba rebah. Sejak arwah tiada, saya pun tiada semangat nak berniaga,” kongsinya.

Selepas setahun pemergian arwah, Kak Izzah mahu bangkit untuk kembali berniaga.

“Kali ini saya memilih untuk jual minyak wangi. Tapi nampaknya setengah jalan saja memandangkan repeat order ambil masa yang agak lama. Perniagaan itu terhenti begitu saja.

“Pandangan saya mengenai bisnes mula berubah 180 darjah apabila bertemu dengan Chocodap’s. Bagai dapat ‘nyawa’ baru, penyertaan saya bersama Chocodap’s merubah diri untuk bangkit dari lena. Mujur jumpa Chocodap’s,” katanya yang menyertai sebagai ejen sejak September 2019.

Sementara itu, Kak Izzah juga berazam fokus sepenuhnya terhadap bisnes Chocodap’s bermula tahun 2022 memandangkan sudah bergelar pesara.

Sebelum ini, pencapaian tertingginya adalah pada Januari 2021 apabila berhasil membuat jualan berkumpulan sebanyak RM 19,000. Selain itu, dia juga pernah menerima reward barang kemas daripada Chocodap’s HQ atas pencapaian cemerlang.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment