Kibar bendera putih depan rumah jika perlukan bantuan

Kempen kibar bendera putih di depan rumah kini mendapat perhatian warganet. Kempen ini diwujudkan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang masih ‘galak’ menyerang dunia.

Ini masanya untuk kita lebih peka tentang keadaan sekeliling terutama saudara mara atau jiran berhampiran.

Individu yang dihimpit kesusahan pada waktu ini, usah ambil tindakan membahayakan diri tapi mintalah bantuan dengan mengibarkan bendera putih di depan rumah anda.

Tak perlu merayu, usah rasa malu. Hanya kibarkan kain putih, InshaAllah pasti ada yang datang membantu.

Ini masanya untuk kita bantu antara satu sama lain. Hari ini mungkin hari mereka diuji, siapa tahu mungkin hari esok atau nanti, kita pula yang perlukan bantuan sama. Jom bantu!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment