Bisnes taska terjejas, Datin Zarina intai peluang lain demi ‘survival’

Mengusahakan taska Najma yang terletak di Shah Alam sejak tahun 2016, Datin Dayang Zarina Ahmad mengaku perniagaannya turut terjejas akibat pandemik yang melanda dunia sejak tahun lepas.

Kata usahawan berusia 61 tahun ini, dia mula mencari alternatif berbeza dengan memberanikan diri mencuba beberapa perniagaan baharu antaranya menjual produk kosmetik.

“Saya perlu berfikir luar kotak supaya dapat menjana income untuk pekerja di taska. Memandangkan kes Covid-19 masih belum surut sepenuhnya, saya mengambil keputusan untuk berniaga atas talian.

“Tahun lalu saya mengusahakan sebuah jenama produk kecantikan tetapi tidak bertahan lama atas sebab peribadi.

“Memandangkan ramai ibu-bapa yang work from home sejak tahun lepas, maka ramai yang ambil keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke taska. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang keluarganya terjejas pendapatan akibat pandemik,” katanya.

Suasana di Taska Najma sebelum pandemik bermula

Berkongsi kisah bagaimana Datin Zarina bermula dengan Chocodap’s, dia berterima kasih kepada rakannya, Robaiah Zainudin atau mesra disapa Mak Teh yang menjadi ‘orang tengah’.

“Mak Teh merupakan salah seorang anak ejen saya ketika mengusahakan bisnes kosmetik dulu. Kami berborak di Facebook dan dia memperkenalkan tentang Chocodap’s. Sejak hari itu, kita berpakat untuk membuat kumpulan DTT60 iaitu gabungan nama saya dah Teh bermaksud umur bukan penghalang untuk sukses dalam kehidupan.

“Dengan hanya bermodalkan RM 170 sahaja, pada hari sama saya juga berhasil rekruit tiga orang ejen dalam masa satu jam. Memang hebat penangan Chocodap’s ini. Memang mudah jual coklat tambahan musim pandemik ramai yang bekerja dari rumah. Jadi jual beli coklat dalam talian memang dapat permintaan tinggi.

“Dengan Chocodap’s juga saya mampu mempertahankan pekerja tetap bekerja dan dapat membayar gaji mereka,” katanya gembira.

Dalam masa sama, Datin Zarina memberitahu perusahaan taska Najma masih beroperasi seperti biasa meskipun sibuk dengan bisnes coklat yang diceburi sejak Disember 2020.

Tambahnya, pada masa sekarang dia berjaya ‘menarik’ seramai 54 ejen di bawah group DTT60.

Lebih membanggakan, Datin Zarina meraih pencapaian terbaik apabila jualan mencecah RM 16,000 dalam tempoh sebulan.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment