Sedekah tidak sesekali mengurangkan harta malah…

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari…

Bersedekah pada hari Jumaat sangat dianjurkan Islam. Hari yang sama, jangan bertangguh untuk lakukan sedekah pada hari lain juga.

Hari Jumaat dikenali sebagai penghulu segala hari ataupun sayyidul ayyam.

Kelebihan bersedekah pada hari Jumaat jika dibandingkan dengan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah sama seperti bersedekah pada bulan Ramadan.

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya”.

Hadis dari Ka’ab menjelaskan:

“Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.”

(Mauquf Shahih)

JANGAN KEDEKUT.

Bersedekahlah anda kerana ia tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah rezeki dan menjauhkan kefakiran dan kesempitan hidup. Jom sedekah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment