Kumpul duit kahwin hasil berniaga coklat, “Chocodap’s satukan kami”

Berakit-rakit ke hulu, berenang renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian…

Bagi pemilik nama Asmidar Yusoff, dia bersyukur kerana bertemu dengan jenama Chocodap’s setahun sebelum dia melangsungkan perkahwinan.

“Lepas bertunang, pening juga fikir macam mana nak cari duit kahwin. Duit nak kahwin bukan sikit. Sekurang-kurangnya kena ada RM 10,000 dalam simpanan.

“Ibarat ‘penyelamat’, Chocodap’s berjaya satukan kami. Saya bersyukur diperkenalkan dengan Chocodap’s oleh Ibu Noor. Dia merupakan rakan sekampung ketika saya menetap di Terengganu,” ujarnya rancak bercerita.

Menyingkap kembali pada tahun 2018, Asmidar atau mesra dipanggil Mida memberitahu dia dan suami, Mohd Syazwan berusaha keras mengumpul kos perbelanjaan majlis perkahwinan dengan berniaga coklat.

“Ke sana ke sini kami buat COD coklat. Bila kenang balik kenangan sebelum kahwin, hati saya jadi sebak tapi dalam masa sama saya gembira kerana usaha kami ternyata berbaloi.

“Dalam tempoh setahun kami dapat kumpul duit kahwin sebanyak RM15,000 hasil berniaga Chocodap’s. Alhamdulillah,” katanya.

Majlis perkahwinan Asmidar dan Mohd Syazwan berlangsung meriah di Terengganu pada 28 Jun 2019.

Sementara itu, pasangan bahagia ini kini sudah menetap di Pasir Gudang, Johor dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

“Alhamdulillah saya kini ikut suami yang bertugas di sini (Pasir Gudang) dan kami juga masih aktif berniaga Chocodap’s di sini.

“Saya juga masih merupakan suri rumah sepenuh masa dan fokus saya sekarang adalah membesarkan anak kami dan membangunkan bisnes Chocodap’s di sini.

“Dengan Chocodap’s saya memperoleh pendapatan empat angka yang konsisten setiap bulan. Saya juga dapat membantu mak abah di Terengganu dengan membelikan motorsikal untuk kegunaan mereka di sana,” katanya.

Emas ketiga hasil jualan Jun-Dec 2020
Reward emas pertama daripada leader Ibu Noor dan Chocodap’s HQ (Reward Habib)

Wanita berusia 27 tahun ini juga dalam proses membeli sebuah rumah di Pasir Gudang dan bakal berpindah tidak lama lagi.

“Saya juga dalam proses menyimpan duit untuk membeli perabot rumah baharu yang bakal kami tinggal nanti. Doakan saya dan suami terus cemerlang dengan bisnes Chocodap’s di sini,” katanya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment