Buntu diberhentikan kerja ketika PKP, hidup Vasanthi berubah selepas…

Sukar baginya menerima berita diberhentikan kerja selepas pandemik menyerang seluruh dunia.

Bagi Vasanthi A/P Satyvell, fikirannya buntu memikirkan cara untuk membantu suaminya menjana wang sampingan buat keluarga.

Mempunyai dua orang anak sedang membesar, ditambah pula tinggal di Kuala Lumpur, Vasanthi perlu mencari alternatif untuk mendapatkan wang saku setiap bulan.

“Selepas diberhentikan kerja, saya mula mencari kerja dengan melayari laman web yang menawarkan jawatan kosong, Ketika asyik scroll pencarian di telefon pintar, saya ternampak iklan Chocodap’s.

“Perasaan saya amat tertarik dengan konsep bisnes makanan yang diketengahkan oleh jenama ini. Saya melihat ada potensi untuk pergi jauh memandangkan coklat sentiasa ada high demand. Dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa, semua gemarkan coklat,” katanya yang bekerja sebagai pembantu di warehouse, sebelum ini.

Kongsi isteri kepada Encik Samuel Prakash ini juga, harga yang ditawarkan kepada pembeli juga sangat berpatutan.

“Coklat di bawah jenama Chocodap’s juga amat berkualiti malah sesiapa sahaja mampu memilikinya. Harga juga mampu milik,” katanya.

Tambah Vasanthi, dia juga tidak lagi berdepan dengan masalah untuk mengatur masa bersama keluarga kerana jadual kerja yang sangat fleksibel.

Lebih membanggakan, Vasanthi mampu membantu suami membayar pinjaman ansuran bulanan kereta serta tuisyen anak-anak.

“Walau bekerja dari rumah, saya dapat membantu suami memberi keselesaan dan menaik taraf kewangan kami sekeluarga.

“Suatu hari nanti, saya berhasrat membeli rumah impian dengan hasil berniaga Chocodap’s,” ujar wanita berusia 38 tahun ini.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment