Sibuk kendali kes Covid-19 bukan halangan Dr Rosila hilang fokus berniaga

“Hasil berniaga Chocodap’s, saya dapat bersedekah dan memberi lebih lagi kepada golongan kurang bernasib baik,” kongsi Dr Rosila Yahaya yang merupakan salah seorang ejen Chocodap’s di peringkat General.

Merupakan doktor perubatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor, Dr Rosila tidak menjadikan kesibukannya tempat kerja sebagai penghalang untuk kekal bersama Chocodap’s.

“Memang saya sangat sibuk tambahan di musim Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini. Sebagai salah seorang pegawai perubatan, saya ditugaskan untuk memantau aktiviti kawalan dan kuarantin yang giat dijalankan di sini (Muar).

“Jadi saya akan tumpu sepenuh perhatian kepada bisnes coklat pada hujung minggu sahaja,” katanya.

Ibu kepada lima orang anak ini memberitahu dia tertarik menyertai Chocodap’s selepas melihat perniagaan ini sebagai sebuah bentuk bisnes yang memiliki simbolik ‘Mewah’.

“Mewah tetapi ia mampu dimiliki oleh semua peringkat. Pendek kata, bisnes yang ada gaya. Maksud saya bila kita dekati pelanggan berpotensi, sukar mereka nak menolak. Maklum saja, coklat kan. Ramai yang suka,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Dr Rosila turut berniat untuk membantu lebih ramai golongan susah di luar sana dengan hasil menjual coklat.

“Menikmati coklat adalah salah satu nikmat yang manusia tak boleh nafikan dan sebagai penjual coklat, saya berniat untuk sebarkan kebaikan ini.

“Untuk yang tidak berkemampuan untuk membeli coklat, saya berharap sangat dapat bantu mereka untuk berkongsi rezeki yang ada. Kita sama-sama nikmati rezeki yang dipinjamkan buat sementara ini.

“Saya juga berhasrat mewujudkan perniagaan buat keluarga. Doakan saya agar terus berjaya bersama Chocodap’s dan panjatkan doa juga buat negara agar selamat dari wabak Covid-19,” akhirinya.

Dr Rosila juga memberitahu dia dapat membeli sebuah mesin basuh bernilai RM 6000 hasil menjual Chocodap’s dan meraih jumlah jualan berkumpulan sebanyak RM 27,000 pada Februari 2021.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment