Tak mudah tapi tak mustahil, niat ubah nasib tercetus selepas…

Dari mata turun ke hati…

Sejak pertama kali melihat bungkusan Chocodap’s, hati Puan Nur Azuwa mula jatuh hati. Sejak hari itu, dia dan suami, Shahedil Budriz mula menjadi penggemar setia coklat sehingga setahun lamanya.

Ibu anak satu ini mengaku minat untuk mula berniaga coklat timbul selepas melihat kejayaan kakak saudaranya yang merupakan ejen Chocodap’s pada waktu itu.

“Saya mula ‘merisik’ kepada kakak saudara mengenai jenama Chocodap’s. Terlintas di hati untuk mula aktif tetapi masa itu masih takut-takut lagi.

“Maklumlah, baru nak mula waktu itu. Tetapi saya percaya nak berjaya memang tak mudah tetapi ia juga tak mustahil asalkan ada langkah pertama” katanya.

Tanggal 20 September 2020, bermulalah perjalanan Puan Azuwa bersama Chocodap’s selepas setahun menjadi pembeli tetap.

“Meskipun belum sampai setahun saya bersama Chocodap’s, banyak pengalaman menarik dilalui dan ada juga cabaran sukar. Pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika urusan pos coklat ke negeri berbeza. Umum tahu coklat makanan yang mudah cair dan penjual perlu lebih berhati-hati. Sensitif kan, bila dah suhu panas, cair pula nanti.

“Pemilihan courier amatlah penting. Silap hari bulan, cair pula nanti. Kalau boleh biarlah harga courier itu berbaloi dengan kualiti dan kuantiti yang kita bakal pos. Pernah juga saya berdepan dengan masalah coklat hilang waktu pos ke lokasi pembeli.

“Saya kira cabaran ini yang menguatkan cara saya berfikir mengendali bisnes dengan lebih baik lagi. Ia adalah proses untuk saya belajar bagaimana untuk menjadi lebih baik di masa akan datang dan tidak mudah ‘serabut’ apabila berdepan dengan masalah serupa,” kongsinya.

Tambah Puan Azuwa yang kini bergelar usahawan Chocodap’s sepenuh masa, dia berhasrat memiliki tabung simpanan sekurang-kurangnya RM 10,000 menjelang Disember 2021.

“Walaupun saya sudah berkahwin, saya mahu pastikan tanggungjawab sebagai anak masih perlu dilunaskan. Impian saya untuk memberi mereka RM 500 setiap bulan. Dalam masa sama saya mahu anak-anak dalam kumpulan saya mencapai jualan RM 500 minima sebulan,” katanya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment