Buat yang tertanya, Chocodap’s ini halal ke? Semak perkongsian ini!

”Ish…takut lah nak beli, betul ke halal? Mana buktinya?”

Jangan bimbang, jangan ragu…Chocodap’s sememangnya HALAL.

Kalau ada yang sangsi dan takut-takut untuk dapatkan Chocodap’s, kini anda boleh buang jauh rasa itu!

Chocodap’s kini berstatus Halal. Boleh rujuk di laman web Halal Malaysia Official Portal.

Menurut pengasas Chocodap’s, Ticer Sarah dia bersyukur penantian panjang berakhir dengan khabar gembira apatah lagi berita diterima menjelang Raya.

“Jutaan syukur yang di nanti bertahun-tahun telah tiba, pengesahan dari pihak HALAL JAKIM MALAYSIA.

“Bukan senang nak dapat logo halal JAKIM atas nama syarikat yang bermula dari rumah ni. Berapa kali mohon, banyak spec yang perlu ada. Siapa yang pernah go thru this process jer tau susah senang nya,” katanya.

Buat penggemar, wakil ejen serta dropship Chocodap’s, jangan was-was untuk menyertai atau mendapatkan produk coklat paling sedap yang dijual dalam talian ini.

Takkan kami nak jual makanan tak halalkan. Sebagai orang Islam, kami ambil kira soal halal haram apatah lagi makanan yang akan menjadi darah daging kita.

“Kami juga dah bantu puluhan ribu usahawan Chocodap’s yang menjana pendapatan dengan dengan coklat kami.

“Syukur Alhamdulillah asbab peluang ini juga mereka pun dapat bantu ubah kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik,” akhirinya.

Chocodaps

ChocoRus

halalfood

100000usahawanchocodaps2021

roadto100king2021

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment