Terubat sedih tak dapat balik beraya, Puan Mila terkejut menang emas!

“Kesedihan tak dapat balik beraya di kampung terubat sedikit apabila menang emas, saya anggap ini rezeki Syawal buat saya dan keluarga,” luah pemenang barang kemas pemberian Chocodap’s di acara cabutan bertuah yang berlangsung, Sabtu lalu.

Puan Norkarmilahanis Ra’aini atau mesra disapa sebagai Mila ini meluahkan rasa terkejut apabila namanya diumumkan oleh pengasas Chocodap’s, Ticer Sarah.

“Kalau nak tahu ini merupakan pengalaman pertama saya menang cabutan bertuah.

“Sebelum ini tak pernah dan saya anggap ini rezeki Syawal tahun ini. Dapat saya beraya dengan barang kemas baru walaupun tak dapat balik beraya di kampung halaman,” ujar anak kelahiran negeri Kelantan ini.

Ibu kepada lima anak ini mula menyertai Chocodap’s sejak November tahun lalu selepas syarikat tempat dia bekerja terpaksa menghentikan operasi akibat wabak Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.

“Sebagai salah seorang kakitangan syarikat agensi pelancongan, wabak Covid-19 memberi kesan kepada kami.

“Saya merupakan pegawai akaun sebelum ini. Selepas tidak bekerja, simpanan mula berkurang dan sejak itu saya mula mencari alternatif untuk menambah pendapatan.

“Saya merupakan penggemar coklat dan ‘jodoh’ saya dengan Chocodap’s ternyata membuahkan hasil positif.

“Walaupun tiada pengalaman berniaga coklat, saya bersyukur diberi bimbingan daripada ketua, Cik Ra dan King Badrul mengenai selok belok dunia bisnes coklat,” katanya.

Puan Mila yang berusia 41 tahun ini memasang impian besar untuk pergi jauh bersama Chocodap’s.

“Selain bantu suami dan keluarga saya juga berharap dapat memberi belanja bulanan kepada ibu serta mengumpul duit untuk menunaikan ibadah Haji.

“Semoga dengan kemenangan pertama pada Sabtu lalu memberi tuah seterusnya untuk saya terus berjaya bersama Chocodap’s,” akhiri Puan Mila.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment