Sekolah sampai darjah enam, ambil tempahan menjahit, Puan Latha buktikan dia mampu lakukan hal ini juga!

13 tahun bergelar tukang jahit, Puan Latha atau nama sebenarnya Pragalatha Ezhamkovan mengaku sering kali berasa sunyi kerana bekerja sendiri.

Kongsi ibu dua anak ini, masalah itu berlalu pergi selepas menyertai Chocodap’s pada Oktober 2019.

“Saya mula menjahit sejak usia 19 tahun lagi. Kadang-kadang saya rasa sunyi sebab bekerja sendiri, banyak duduk di kedai jahit. Kalau orang lain ada rakan pejabat, lain pula situasi saya.

“Kalau nak tahu, saya hanya bersekolah sehingga darjah enam. Selepas itu saya mula belajar menjahit dan mula mengambil tempahan. Kebanyakan masa saya habiskan menjahit seorang diri. Tetapi sejak saya sertai Chocodap’s saya berpeluang kenal ramai rakan baru di kalangan ejen dan juga pelanggan yang membeli coklat,” katanya teruja.

Wanita asal Klang ini juga berasa lebih bersemangat selepas menjadi sebahagian daripada keluarga Chocodap’s. 

“Di Chocodap’s, kami berkongsi idea dan ilmu antara satu sama lain. Untuk berjaya, kita perlukan sokongan dan bimbingan dan saya bersyukur berjumpa dengan orang-orang yang tepat,” katanya.

Hasil berniaga coklat, Puan Latha berjaya mewujudkan impiannya iaitu bakal membuka sebuah kedai jahit yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

“Bukan itu saja, saya berjaya membeli mesin jahit, ambil lesen memandu dan mampu membeli barangan yang diidamkan. Tiada masalah bagi saya. 

“Selain itu, saya juga mampu untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen dengan hasil titik peluh bergelar ejen coklat Chocodap’s,” akhirinya memaklumkan berjaya naik ke peringkat King pada 1 April 2021.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment