#tipspuasa: Bila perut asyik ‘meragam’, apa nak buat?

Puasa dah masuk hari ke-18 tapi ada yang masih rasa struggle setiap hari. Tak apa, belum terlambat untuk amalkan tips agar perut terus kuat & tak berbunyi di siang hari.

Try ikut tips di bawah, siapa tahu menjadi. Insha Allah…

  1. Pilih kurma masa berbuka dan sahur

Buah kurma kaya dengan serat dan nutrisi sebab buah ini dikeringkan sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakkan buah-buahan segar lain.

Kurma juga mengandungi vitamin dan mineral penting serta manfaat lain yang mungkin ramai tak tahu. Sebab itulah pengambilan kurma ketika berbuka dan sahur mampu memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan anda.

  1. Kurangkan garam

Nak elak haus, elakkan pengambilan makanan yang terlalu masin sebab lauk-pauk yang masin kerana ia membuatkan tubuh cepat berasa kering dan dahaga. Ini disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air yang lebih banyak untuk membasmi rasa masin tu.

  1. Sederhana ketika sahur

Kalau makan banyak masa sahur, mesti boleh tahan lapar lebih lama. Itu salah!

Pengambilan nasi terutamanya haruslah berpada-pada untuk senang dihadam. Sebab itulah corak pemakanan yang berbeza perlu dipraktikkan ketika berpuasa. Baru boleh tahan lapar dan dahaga selama 12 jam.

  1. Elak makanan pedas

Kalau boleh, elakkan makanan berempah dan terlalu pedas sebab ia akan merangsang pengeluaran banyak asid gastrik. Untuk berpuasa selama 12 jam, sangatlah tak sesuai.

Kalau korang jenis yang tak boleh makanan tak pedas, buatlah pengecualian masa sahur. Kalau nak pedas sikit, makan masa berbuka.

  1. Banyakkan makan buah-buahan masa sahur

Kalau susah sangat nak minum 8 gelas air putih setiap hari, cuba ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, strawberi dan epal hijau. Atau boleh juga ambil buah-buahan lain sebab setiap buah-buahan yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendiri.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment