Dah boleh mula fikir…Kuih, biskut atau coklat pagi Syawal nanti?

Kuih raya dan Aidilfitri, memang tak boleh berpisah jauh. Tak lengkap raya tanpa kuih dalam balang. Ye tak?

Biskut dan kek juga menjadi penyeri di dalam rumah. Makin banyak kuih, makin seronok tetamu yang bertandang.

Kami senaraikan beberapa hidangan kuih atau biskut yang menjadi favourite di pagi Syawal!

1) Tart nenas.

Mungkin ada yang resah bila nak letak tart nenas apa lagi karpet baru dilempar di rumah. Tapi bila korang dah rasa kesedapannya, tumpah pun tumpah lah. Sedap dia memang buat kita terngiang-ngiang tau. Oh ya, Tart coklat pun antara yang popular di pagi Syawal.

2) Almond London.

Bila badam dan coklat bergabung, aduh…sambil menonton rancangan kegemaran di televisyen pagi Syawal, memang nikmat dia lain macam betul.

3) Cornflakes madu.

Biskut emping jagung yang sangat popular sejak zaman dulu. Hanya disir dengan madu di atas emping jagung yang rangup, kami gerenti tetamu tak boleh berhenti mengunyah sambil bergelak tawa.

4) Cheese Tart Blueberry.

Bukan saja popular di acara hari jadi, hidangan ini turut dicari pada pagi Syawal nanti. Rasanya cukup sempurna dengan gabungan rasa manis masa jem Blueberry.

5) Coklat Chocodap’s

Kanak-kanak sampai peringkat dewasa mesti teruja jika rumah anda dihidangkan coklat. Apa lagi dalam balang kaca besar, bukan saja budak-budak terkejar nak makan, malah mak-mak budak juga pasti ikut sama.

Apa kata hidangkan Macadamia Milk Chocolate pada Syawal tahun ini. Eratkan jalinan dengan himpunan coklat keluaran Chocodap’s di rumah anda nanti ya!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment