Sebak teringat kisah malam raya, kenapa tu cikgu Mas?

Di sebalik kepahitan hidup, pasti ada rahmat tersembunyi. Terpulang pada kita untuk mengambilnya secara positif atau sebaliknya.

Bagi cikgu Mastura Azlina, dia juga tidak lari dari berdepan pengalaman sukar dilupakan sepanjang bergelar ejen Chocodap’s.

“Bila tiba bulan Ramadan, saya pasti teringat kenangan yang tak mungkin saya lupa sampai bila-bila iaitu kenangan menghantar coklat ke rumah pelanggan pada malam raya.

“Sebab terlalu sibuk ke sana sini menghantar coklat, saya sampai tak sempat memasak juadah raya keesokan harinya. Malam raya, kalau kat rumah orang lain mesti sibuk di dapur masak, hias rumah, saya pula sebaliknya.

“Pada awalnya suami tegur juga sebab terlalu fokus dengan bisnes tetapi selepas itu dia faham. Permintaan coklat malam Aidilfitri memang mengejutkan, terlalu banyak order yang masuk,” katanya sebak bercerita momen lama.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini memberitahu keuntungan diterima pada malam Raya sahaja mencecah RM1000.

Kongsinya, dia bersyukur dapat berkongsi rezeki bersama keluarga dan anak-anak ejen lain.

Meskipun bergelar guru, Mastura tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak berusaha untuk mencari pendapatan sampingan.

“Saya ada lima orang anak yang sedang membesar. Bila berniaga, hati saya seronok dapat bahagiakan mereka bila mampu memenuhi permintaan mereka.

“Bukan itu saja, saya dapat membayar hutang yang ada. Sebelum ini saya ada membuat pinjaman peribadi. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, segalanya jadi mudah,” kongsi wanita berusia 43 tahun ini.

Dalam masa sama, Cikgu Mas juga berhasrat membuka sebuah butik coklat di Pasir Gudang, tempat dia dah keluarga kini menetap.

“Doakan saya ya,” akhirinya ringkas.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment