Kalau dulu asyik meminta, Kak Dyll ubah mind set…Hasilnya memang buat korang terkejut!

“Impian saya nak jadi anak yang paling banyak hulur duit dekat mak ayah. Bila-bila masa mereka perlukan duit saya mahu jadi orang pertama yang tolong,” kata Siti Noradila Sulaiman atau mesra dipanggil Kak Dyll.

Akui Kak Dyll, walaupun sudah berkahwin, dia tetap meletakkan ibu-bapa sebagai keutamaan.

“Tanpa mereka, saya tidak akan berada di tahap sekarang. Mak ayah banyak bantu saya ketika saya perlukan pertolongan.

“Jujur saya cakap, sebelum saya berjaya dengan bisnes bersama Chocodap’s, saya bukan seorang yang rajin menghulur duit malah saya yang selalu meminta daripada mereka,” kata Kak Dyll sayu mengenang masa lalu.

Seiring perjalanan masa, Kak Dyll kini mampu tersenyum bangga apabila perniagaan coklat dijalankan menampakkan impak positif.

“ Hampir dua tahun bersama Chocodap’s, banyak yang saya belajar. Saya lebih positif dan percaya setiap orang mampu ubah hidup dengan usaha dan sokongan orang yang tepat.

“Buktinya saya berjaya menghadiahkan cincin emas kepada ibu dan mertua. Gembira bukan main bila mereka dapat hadiah.

“Sementara itu, suami saya, Ramlan Safari antara individu yang banyak menyokong hingga saya berjaya mara ke peringkat King.

“Tidak ambil masa yang lama, saya berjaya naik pangkat setiap tahun. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya,” ucapnya syukur.

Kak Dyll yang kini menetap di Sg Buloh menyifatkan kejayaannya hasil doa daripada kedua ibu-bapa dan suami.

Lebih mengembirakan, tahun 2020 meninggalkan memori indah apabila berjaya mencapai hasil jualan sebanyak RM 201,308.00.

“Tanpa team yang kuat, tak mungkin kami dapat capai angka yang begitu banyak. 

“Saya berharap tahun 2021 bakal bawa tuah dan besar harapan saya nak tengok kesemua anak-anak dalam team saya naik ke peringkat king. Kita menuju puncak sama-sama hendaknya,” akhiri Kak Dyll.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment