Dulu lain sekarang lain, “Kalau dulu nak bercakap pun…”

Mengaku seorang yang pemalu, karakternya berubah selepas bergiat aktif dengan bisnes di bawah jenama Chocodap’s.

Kalau sebelum ini, Kak Ni atau nama sebenarnya Noraini Jaafar segan untuk bercakap di khalayak ramai, kini tidak lagi.

“Dulu saya nak bercakap depan orang ramai pun berpeluh dibuatnya. Segan sangat. Tetapi selepas aktif sebagai penjual coklat ditambah dengan bimbingan daripada Ticer Sarah dan Encik Farhan, perasaan malu itu berjaya dibuang jauh.

“Setiap minggu saya pasti buat perkongsian di Facebook Live bukan saja untuk berkongsi mengenai hebatnya coklat Chocodap’s malah untuk mengasah bakat berkomunikasi agar lebih baik lagi,” katanya.

Kak Ni yang masih bekerja sebagai kerani am di sebuah syarikat pembekal cenderamata korporat mengaku memperoleh pendapatan melebihi apa yang diterima bekerja sebagai kerani.

“Hasil berniagalah saya dapat hadiahkan ibu tercinta barang kemas. Insha Allah dengan baucar emas diterima untuk ganjaran tahun lepas, saya mahu hadiahkan untuk ibu mertua pula.

“Seronok dapat berkongsi rezeki dengan orang-orang tersayang. Bila dapat buat mereka gembira hati sendiri juga jadi senang,” kongsinya gembira.

Mempunyai dua orang anak, wanita berusia 32 tahun ini tekad untuk berusaha lebih lagi untuk memantapkan pencapaian bagi tahun 2021.

“Siapa sangka dari suka-suka nak cuba makan coklat menjadi asbab penarik rezeki yang mendatangkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga.

“Chocodap’s bukan saja beri kemanisan ketika dijamah, tetapi hidup saya juga bertambah manis dengan kehadirannya,” akhirinya yang berpesan kepada usahawan baru agar tidak cepat berputus asa.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment