Lepas berbuka je badan jadi lemah, mengantuk…kenapa agaknya?

“Adoi, mengantuk betul lah lepas berbuka puasa ni”

Perasan tak setiap kali settle berbuka, mata akan jadi auto berat, badan pula tiba-tiba terus jadi lemah walaupun dah makan pelbagai juadah!

Perlu tahu, badan tiba-tiba jadi lemah disebabkan faktor makan berlebihan dan juga pengambilan gula yang tinggi.

Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.

Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.

Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.

Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.

Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan jangan lah ikut nafsu sangat ya!

Jangan bila di bazar Ramadan, rasa nak beli semua makanan yang ada di situ. Seeloknya hanya makan 1-2 lauk sahaja, lebih kan pengambilan buah dan minum air kosong. Baru lah tak mengantuk nak ke masjid untuk solat terawih.

  • Lepas dah selesai solat terawih, pengambilan coklat juga baik untuk meningkatkan tenaga. Why not jadikan Chocodap’s sebagai hidangan untuk moreh nanti, menarik juga kan. Hehe!

Kredit: Mstar

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment