Rasa ‘down’ bila tak bekerja, Kak Da tak sangka niat nak berniaga akhirnya…

Nekad untuk bergelar suri rumah sejak tahun 2018, Shuhada Alias menyifatkan perubahan dialaminya selepas bergelar suri rumah sepenuh masa tersembunyi hikmah tersendiri.

Berbeza sewaktu bergelar guru di sebuah sekolah swasta di Sg Buloh dahulu, Shuhada atau mesra disapa sebagai Kak Da mengaku sering rasa rendah diri selepas berhenti kerana tiada pendapatan sendiri.

“Ada kala perasaan down tu datang lebih-lebih lagi bila berkumpul dengan adik beradik atau ipar duai. Mereka semua bekerjaya manakala saya hanya duduk di rumah jaga anak.

“Kalau waktu saya bekerja, saya ada duit sendiri dan boleh bantu anak-anak buah. Memandangkan saya anak bongsu dalam adik beradik, abang dan kakak banyak bantu dulu. Jadi saya fikir sekarang waktu yang sesuai untuk membalas budi mereka dengan berbahagi bersama anak-anak buah.

“Apakan daya, saya sudah tiada pendapatan sendiri. Takkan nak minta duit suami untuk bantu orang lain kan? Segan pun ada,” kongsi wanita berusia 31 tahun ini.

Kongsi Kak Da lagi, dia tidak mahu membiarkan rasa janggal itu berterusan dan nekad lakukan sesuatu walaupun bekerja dari rumah.

“Meskipun suami mempunya kerja tetap tetapi karakter saya yang berdikari sejak muda dahulu banyak mencorakkan cara pemikiran sampai sekarang.

“Mungkin ramai yang kata, ‘ala tak apa suami awak engineer, nak risau apa?’ Saya tidak boleh berfikir begitu. Sebagai isteri saya perlu ada back up plan dan simpanan ketika kecemasan. Ingat, langit tak selalu cerah begitu juga dengan hidup yang bukan selalu indah,” katanya positif.

Kak Da yang kini menetap di Kulim, Kedah berkata dia bersyukur hidupnya kembali ceria selepas bertemu dengan produk Chocodap’s.

“Tiada lagi rasa ralat bila berjumpa saudara atau kawan-kawan. Malah lebih seronok sebab banyak hal boleh dibahas terutama coklat yang saya jual.

“Saya juga dapat sokongan penuh daripada suami dan sanak saudara agar terus fokus dalam bisnes coklat. Hati juga tak risau sebab dapat tengok anak membesar depan mata. Sungguh Allah bantu saya,” katanya bersyukur.

Usaha dan penantian hampir tiga tahun dibalas baik oleh Tuhan apabila Kak Da berjaya mara ke peringkat King pada Januari 2021.

“Saya pernah hilang fokus kejap sehingga menyebabkan diturunkan pangkat dari General ke Commando. Itu kerana saya mengalami alahan yang teruk. Susah waktu itu untuk saya beri komitmen penuh.

“Atas kuasa Allah SWT, saya kembali sembuh dan dapat aktif berniaga semula.

“Banyak sudah rezeki yang saya terima sepanjang penglibatan bersama Chocodap’s. Antaranya saya berjaya menghadiahkan suami telefon pintar berjenama, membaiki kereta milih arwah bapa sebanyak RM3000 dan yang paling ‘mahal’, saya dapat jaga kedua mertua yang sakit serentak,” akhirinya.

Untuk rekod, Kak Da meraih hasil jualan berkumpulan sebanyak RM 183,600,50 pada tahun lalu.

Alhamdulillah…Tahniah Kak Da & seluruh team!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment