Diberhentikan kerja, terjebak jual coklat di Langkawi “Saya terkejut rupanya…”

Walaupun masih ‘hijau’ dalam arena perniagaan coklat, Kak Chaq atau nama sebenarnya Rafiza Kasim menganggap jenama Chocodap’s sebagai hero atau penyelamat hidup. Alamak…kenapa pula tu?

Kongsi wanita berusia 43 tahun ini, dia bersyukur diperkenalkan dengan Chocodap’s selepas syarikat tempatnya bekerja sebelum ini menghentikan operasi sepenuhnya.

“Saya merupakan kerani tiket untuk sebuah syarikat feri di Langkawi. Selepas sebuah insiden pada Februari 2019, syarikat berkenaan mengambil keputusan untuk hentikan operasi.

“Bingung juga fikiran saya waktu itu. Sebab saya dah biasa bekerja, rasa ralat pula jadi suri rumah sepenuh masa,” kata ibu kepada empat anak ini.

Lebih memilukan, suaminya yang mengusahakan perusahaan pelancongan mula diuji selepas wabak Covid-19 melanda dunia.

“Bila diberhentikan kerja, perniagaan suami pula jatuh akibat wabak Covid. Mana taknya, pelancong tidak lagi berkunjung ke Langkawi. Kalau sebelum ini, dapat juga dia bawa satu ke dua bas pelancong dari luar melawat Langkawi. Berbeza sangat dengan situasi sekarang,” katanya.

Tambah Kak Chaq, dia mula terjumpa sebuah hantaran mengenai bisnes coklat tanpa modal menerusi Facebook milik Noraini Mat Seman atau lebih dikenali sebagai Mommy Nor.

“Teruja tengok kejayaan mereka yang dah senior dalam bisnes Chocodap’s. Ada yang berjaya buat duit sehingga ratusan ribu.

“Atas sebab itu, saya mula tertarik untuk mendaftar sebagai dropship pada awalnya,” katanya.

Melihat respon yang cukup baik, Kak Chaq mula upgrade menjadi ejen sah. Lebih menyeronokkan, permintaan terhadap Chocodap’s amat memberangsangkan.

Kata Kak Chaq, dia pada awalnya terkejut dengan sambutan memandangkan penjualan coklat di Langkawi agak sengit dengan kewujudan kedai-kedai coklat bebas cukai di pulau peranginan itu.

“Saya mula dengan modal permulaan sebanyak RM 170 sahaja. Bila permintaan mula tinggi, saya kerap restock dan syukur saya sudah dapat pulangan modal serta memperoleh keuntungan.

“Azam saya untuk bekerja lebih keras dan memajukan diri dalam bisnes Chocodap’s. Saya jadikan mommy Nor sebagai sumber inspirasi dan berharap dapat berada di peringkat sama seperti dia,” akhiri Kak Chaq yang turut memohon doa agar kejayaan menanti di masa hadapan.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment