Bak hotel mewah, jom intip rumah baru pengasas Chocodap’s yang WOW!

Dari pangsapuri tinggi, segalanya bagai mimpi apabila impian Ticer Sarah untuk tinggal di kediaman lebih luas dan selesa akhirnya menjadi kenyataan.

Mengimbas kisah lalu, pengasas Chocodap’s ini menceritakan keadaan rumah pertama yang didiami selepas berkahwin.

“Lebih kecil, tiada sofa dan meja makan waktu itu. Kami bukan sejak lahir dan biasa dengan semua ini, kehidupan kami biasa-biasa.

“Bermula dari zero, rumah 2017 tu pun kami dah rasa sangat selesa sebab sebelum tu kami berada di rumah apartment di tingkat lapan,” kongsinya.

Tambah Ticer Sarah, dirinya bagai diulit mimpi dan masih sukar percaya bila dapat memiliki rumah impian.

Katanya, ketika menetap di rumah lama, dia dan suami bertahan dalam rumah yang hanya diisi dengan perabot asas.

“Bila pindah rumah bawah kami masih belum beli lagi sofa dan meja makan sampailah hujung tahun 2018 nak bersalin Faiz (anak ketiga), terus cakap dekat suami, saya nak beli jugak sofa dan meja makan sebab nanti orang datang lawat baby takkan nak duduk atas lantai,” kongsinya.

Sabar Itu Indah, Terus FOKUS

Perjalanan Ticer Sarah dan suami, Encik Farhan memperkenalkan jenama Chocodap’s bukan mengambil masa sehari dua tetapi enam tahun untuk sampai ke tahap ini.

Ticer Sarah yang kini menanti kelahiran anak keempat mengaku wang simpanannya digunakan untuk mengembangkan syarikat malah keutamaan diberikan untuk usahawan serta kakitangan syarikat.

“Saya gunakan duit untuk kembangkan company dan bukan untuk kami lagi. Utamakan keperluan usahawan kami dan pejabat bagi memenuhi kapasiti kakitangan yang semakin ramai dan ruangan letak stok.

“Syukur alhamdulillah dengan apa yang Allah izinkan ini berlaku. Walaupun ni bukan rumah banglo lagi, tapi bagi kami, suasana dalam ni macam dalam banglo jugak feeling dia setelah di “makeup” oleh IDW. Setiap bilik dah macam hotel,” katanya.

Ticer Sarah menzahirkan penghargaan kepada seluruh usahawan Chocodap’s yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan syarikat pada hari ini.

“Semoga menjadi inspirasi buat anda diluar sana, siapa pun kita hari ini, tak selamanya kita begini. InsyaAllah dengan izin Allah, dengan adanya usaha, tekad & semangat, pasti segalanya bakal berubah ke arah yang kita impikan,” pesan Ticer Sarah.

Kredit untuk barisan tenaga yang menghasilkan hiasan dalaman rumah baru Ticer Sarah, IDW Terbaik Transforming Space, Transforming Life.

Credit to IDr Lokman Hakim & Idr Rabiatul Adawiyah Rasol.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment