Check list menjelang Ramadhan, yuk semak!

Apakah persediaan menjelang bulan Ramadhan? Sudah tentu mahu menjadi lebih baik & tenang daripada tahun sebelum ini.

Perkara paling penting adalah perlu mula & istiqomah dalam membawa kita lebih dekat kepada pencipta kita, Insha Allah.

Jom rebut peluang ini!

  • Umat Islam digalakkan menjaga kesihatan sebaik mungkin agar kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Jaga kesihatan supaya kita tidak ketinggalan melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca Al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala.
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Kredit: https://akuislam.com/blog/mauidzah/menghadapi-ramadhan/

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment