Suami tak izin, Cikgu Aisyah nekad demi…

Bekerjaya sebagai guru di sekolah rendah, Puan Aisyah Said tidak menafikan memiliki kehidupan cukup seadanya dari segi makan pakai.

Namun begitu, wanita berusia 32 tahun ini seorang yang sukakan cabaran dan sesekali mahu keluar dari zon selesa.

“Sebelum sertai Chocodap’s, syukur Alhamdulillah saya memang ada pendapatan tetap.

“Cuma apa yang diterima ada kala tak cukup untuk menampung kehidupan di bandar. Semuanya perlukan duit kan?

“Lebih-lebih lagi ada ibu-bapa di kampung yang perlu dibantu. Dari situ saya terfikir bagaimana nak jana pendapatan sampingan tanpa perlu hilang fokus dengan kerja hakiki,” katanya.

Ibu dua anak ini memberitahu, dia tertarik dengan perkongsian di Facebook milik sepupunya, Nabilah Nordin.

“Bila ternampak posting berkenaan saya mula bertanya kepada dia, best ke berniaga coklat ni?

“Nabilah menerangkan serba sedikit dan saya mula jatuh hati dengan produk Chocodap’s.

“Tetapi timbul masalah apabila suami pada awalnya tak izinkan saya berniaga coklat kerana tak begitu yakin dengan diri saya,” katanya.

Menceritakan detik ‘panas’ itu, Aishah mengaku pada mulanya, suaminya tidak setuju dengan rancangan untuk menyertai Chocodap’s.

“Tapi saya nekad juga waktu itu. Saya guna duit sendiri sebagai modal. Dingin juga lah waktu itu hubungan dengan suami.

“Saya masih ingat pertama kali saya tunjuk jumlah komisyen diterima, suami terdiam. Saya yakin pada waktu itu, persepsi dia mengenai isu ini mula bertukar. Lama kelamaan dia mula akur bahawa isterinya ini memang minat dan mampu berniaga coklat,” katanya tertawa.

Bulan September 2018 melakar kenangan terindah Aisyah apabila menyertai keluarga Chocodap’s secara rasmi.

Lebih menggembirakan, selepas dua tahun berjuang di dalam bisnes coklat, akhirnya Aisyah berjaya berada di peringkat tertinggi iaitu King.

“Disember 2020 menyaksikan kejayaan saya bersama anak-anak di dalam team apabila berjaya meraih jualan sebanyak RM52,000. Ia merupakan pencapaian terbaik bukan saja secara peribadi tetapi hasil kerja keras team semua,” ucapnya syukur.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment