Jangan berkira dengan mak ayah, Insha Allah semua jadi cukup…

Sebagai seorang anak, jangan pernah rasa terbeban untuk hulur wang kepada ibu-bapa.

Walau gaji tak besar mana, penting untuk kita asingkan sedikit duit gaji untuk mak ayah.

Percayalah, walaupun sedikit, ia mampu memberi kesan besar kepada kehidupan kita.

Rebutlah peluang untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa sementara mereka masih ada.

Syukur ke hadrat Illahi dapat tengok mak duduk di rumah baru, dapat buat taman mini untuk mak. Impian Ticer dari hari pertama nak belikan rumah yang selesa buat mak abah.

Alhamdulillah permulaan bulan April bersama ayah bonda tercinta. Pukul 9 pagi dah bawa bonda shopping di Mydin. My bonda memang feveret masak-masak, dua hari duduk rumah cukup boleh naikkan berat berkilo-kilo.

Jutaan syukur tengok mak duduk rumah baru dan mak dapat buat small garden dan dia hias sendiri batu-batu dan pokok-pokok tu semua. Impian ticer dari hari pertama bekerja nak belikan rumah yang selesa buat mak abah. Alhamdulillah sekarang dah dapat tunaikan. Syukur Allah izinkan untuk semua ni berlaku, rezeki anak buat mak abah.

Terus bersemangat nak sebarkan manfaat, nak bantu lebih ramai lagi beri manfaat kepada family mereka.

Percayalah rezeki akan lebih mewah dan meriah bila niat kita betul dan dengan hasil ni kita dapat bantu insan-insan sekeliling kita.

LET’S SUCCESS MAKE NOISE 🤜🏻🔥🤛🏻

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment