Tebus gelang emas, beri mak ayah duit…Ini kisah Mok Dukun si suri rumah ‘berblazer’

“Saya tak tahan waktu tu terus saya daftar jadi agent. Bukan apa, baru tiga hari jadi dropship, beratus order masuk,” akui Puan Nurazrah Hanem Rahim yang mula jatuh cinta dengan jenama Chocodap’s sejak tahun 2019.

Wanita yang juga mesra disapa sebagai Mok Dukun ini juga membawa kelainan pada kerjaya seorang suri rumah.

“Walaupun saya seorang suri rumah sepenuh masa tetapi saya mahu dikenali sebagai ‘suri rumah berblazer’. Baru lain dari lain sikit.

“Meskipun sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, penampilan sebagai usahawan perlu dititikberat,” katanya dalam nada teruja.

Berkongsi pengalaman manis sebagai penjual coklat, Mok Dukun memberitahu dia pernah meriba anaknya sambil memandu untuk menghantar pesanan.

“Anak kecil waktu itu, baru saja tiga tahun. Biasalah budak meningkat dewasa, ada ragamnya. Jadi saya angkat dia letak di pangkuan sambil hantar pesanan pelanggan.

“Pernah juga dukung anak ketika jual coklat di booth. Tengah panas, waktu malam, nyamuk pula berterbangan. Kesian si anak tetapi tak apa, saya percaya di sebalik kesusahan yang dilalui pasti ada kemudahan di kemudian hari,” katanya positif.

Kongsinya lagi, hasil jualan Chocodap’s selama beberapa bulan, Mok Dukun berjaya menebus kembali gelang emas yang pernah digadai lima tahun lalu.

“Alhamdulillah syukur sangat. Bukan itu sahaja, saya juga dapat beri duit belanja kepada emak, abah dan adik-adik.

“Bila waktu raya pula, saya lagi tak berat hati nak beri banyak. Kalau sebelum ini, nak keluar RM 50 pun berat sungguh rasanya,” katanya tertawa.

Sementara itu, Mok Dukun juga memiliki 500 orang ejen dan dropship di bawah kumpulannya.

Seronok dengar kisah perjalanan Mok Dukun sebelum bergelar usahawan coklat berjaya, kami di Chocodap’s akan terus mendoakan kejayaan & tahniah buat Mok Dukun!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment