“Makan pakai biasa takpa, janji simpanan luar biasa”- TAHNIAH Wan Ainaa miliki tanah kedua

Tiada apa yang mustahil asalkan ada usaha dan doa!

Itu definisi sesuai buat Wan Nurainaa Nabihah Wan Mohamad yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam berbisnes.

Selepas empat tahun berhempas pulas mengendali bisnes coklat di bawah jenama Chocodap’s, ibu lima anak ini akhirnya menarik nafas lega melihat hasil yang berjaya ‘dituai’.

Menurut Ainaa, dia berjaya memiliki tanah lot kedua yang dibeli menggunakan wang hasil menjual coklat.

“Saya dan suami merancang untuk mendirikan sebuah rumah banglo di atas tanah kedua kami ini.

“Rancangan asal untuk bina rumah di tanah pertama tetapi lokasi tidak begitu sesuai.

“Insha Allah kami dalam proses mengumpul wang untuk bina sebuah rumah banglo setingkat di atas tanah baharu ini,” katanya yang selesa tidak berkongsi harga tanah kedua yang dibeli.

Menurut wanita berusia 30 tahun ini, aset keduanya itu memiliki keluasan 708 meter persegi.

Selain itu, Ainaa juga berharap dipermurahkan rezeki di masa akan datang agar impiannya untuk membina banglo setingkat bakal jadi kenyataan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah saya dan suami mengambil langkah untuk jimat cermat dalam pengurusan duit. Bukan jimat semata tetapi urus kewangan dengan baik.

“Banyak platform ilmu kewangan, ilmu buat duit, Chocodap’s salah satunya.

“Pesan saya…biar makan pakai biasa-biasa, janji income dan simpanan luar biasa,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment