Rezeki kahwin muda, Nurul tak sangka…

Rezeki bertemu jodoh pada usia muda, Nurul Kamiliyyah bersyukur dikurniakan suami yang cukup memahami.

Lebih indah lagi apabila dikurniakan empat cahaya mata yang melengkapi kehidupan Nurul sekeluarga.

“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki suami dan anak-anak yang melengkapkan kehidupan ini. Saya bertemu jodoh semasa berumur 21 tahun.

“Selepas berkahwin, saya minta izin daripada suami untuk bekerja. Sebelum ini juga saya pernah bekerja sebagai seorang guru,” katanya yang meletakkan jawatan selepas melahirkan anak ketiga.

Nurul yang merupakan anak sulung dari sembilan beradik ini juga memberitahu dia mempunyai tanggungjawab terhadap adik-adiknya meskipun sudah berkeluarga.

“Saya mahu bantu beri keselesaan kepada adik-adik dan ummi. Ummi adalah sumber kekuatan selama ini. Atas sebab itu juga, saya mahu lakukan sesuatu walaupun bekerja dari rumah.

“Niat saya bukan sahaja bantu suami beri keselesaan kepada anak-anak malah untuk ummi dan adik-adik juga,” kongsinya yang mula bergelar suri rumah sepenuh masa ketika berumur 26 tahun.

Sementara itu, seiring masa empat anaknya semakin membesar. Sudah tentu wang perbelanjaan harian juga meningkat.

“Sejak jadi suri rumah, saya berusaha berniaga macam-macam produk tetapi hasilnya masih ‘samar’,” katanya.

Kongsi Nurul, pada suatu hari dia ternampak sebuah hantaran status Whatsapp rakannya mengenai Chocodap’s.

“Saya memang ‘hantu’ coklat. Sebut saja coklat memang saya terus rasa nak cuba.

“Lepas dah makan sepaket, saya terus jatuh cinta dan terfikir untuk jual coklat ini. Memang tak ambil masa panjang berfikir, terus daftar jadi ejen lepas itu,” katanya.

Lebih membanggakan, Nurul berjaya membuktikan penjual coklat juga mampu menjana hasil jualan sehingga ratusan ribu Ringgit.

“Selepas tiga tahun berniaga, baru boleh konsisten sehingga jualan mencecah enam angka.

“Alhamdulillah, perjalanan saya dengan Chocodap’s dipermudahkan. Tipulah kalau tak ada ujian sebelum ini tetapi mujur suami beri semangat agar saya terus kuat melangkah,” katanya.

Sementara itu, Nurul juga bersyukur dan berterima kasih dengan Chocodap’s yang mengubah hala tujunya dalam dunia bisnes.

“Kalau dulu saya berniaga tanpa ilmu dan bimbingan yang betul. Bila kita di landasan yang tepat, InshaAllah kejayaan pasti mengiringi kita.

“Berada dalam kelompok atau kumpulan yang memiliki fikiran positif juga mampu mencorakkan masa depan cerah dalam bisnes,” ujarnya.

Kongsi Nurul lagi, hasil jualan coklat juga dia berjaya membahagiakan ummi dengan menghadiahkan peti ais malah melunaskan bayaran insurans perubatan setiap bulan.

“Saya mahu beri lebih lagi, itu janji saya untuk syurga saya itu. Kalau boleh saya nak hadiahkan ummi rumah pula lepas ini. Doakan saya berjaya ya,” katanya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment