Dulu disindir tak bekerja, ibu Noor nekad ubah demi…

“Kalau dulu semua hanya sekadar cukup makan, sekarang Alhamdulillah serba serbi cukup,” luah Noorhayati Che Razak yang bersyukur hidupnya berubah sejak tiga tahun lalu.

Ibu dua anak ini berkongsi dia pernah menjalankan beberapa perniagaan termasuk menjual kek, popia cheese untuk membantu suami menambah pendapatan.

“Zaman sekarang barang semua mahal. Barang keperluan adakala melebihi pendapatan. Tipulah saya kata tak tertekan.

“Lebih-lebih lagi saya ada dua anak yang sedang membesar,” kata Noorhayati yang lebih dikenali sebagai ibu Noor.

Bukan itu sahaja, dia pernah disindir oleh beberapa individu kerana tidak bekerja meskipun memiliki ijazah.

“Tapi sampai bila saya nak duduk termenung dan rasa down kan? Saya nekad buat sesuatu untuk ubah hidup.

“Saya yakin berkat doa juga diselangi usaha, InshaAllah jalan akan dipermudahkan,” katanya optimis.

Tarikh 22 Mei 2018 akan selalu dikenang kerana pada hari itulah, ibu Noor menjadi ejen sah di bawah jenama Chocodap’s.

“Syukur dalam masa empat bulan saya berjaya meraih keuntungan RM 10,000.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras,” katanya.

Pada masa itu juga, ibu Noor ditawarkan jawatan sebagai penjawat awam ketika itu.

“Sebab jawatan tetap, maka saya cuba untuk bekerja tetapi hanya mampu bertahan dua bulan.

“Jiwa saya tidak di situ, lebih kepada berniaga. Jadi saya ambil keputusan letak jawatan dan kembali fokus berniaga coklat,” katanya yang tidak pernah menyesal dengan keputusan dibuat.

Pada ketika ini, ibu Noor masih setia bersama Chocodap’s dan apa yang lebih membanggakan jumlah pendapatannya melepasi lima angka.

“Pejam celik dah masuk tiga tahun saya bersama bisnes coklat dan saya akan terus di sini. Chocodap’s banyak ubah kehidupan saya sekeluarga.

“Buktinya tahun lalu, saya berjaya membeli sebuah lot tanah untuk tapak rumah yang bakal dibina tak lama lagi,” kata wanita berusia 29 tahun ini.

Cukup hebat Puan Noor di usia muda, dia berjaya memiliki tanah sendiri dan tak lama lagi sebuah rumah lot pula. Alhamdulillah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment