Dulu susah nak simpan duit, ternyata Chocodap’s ubah poket Kak Tim!

Pejam celik, dah masuk tiga tahun Kak Tim atau nama sebenarnya Patimah Nadri bersama keluarga Chocodap’s.

Akui Kak Tim, sebelum sertai Chocodap’s dia langsung tidak berkesempatan menabung wang simpanan di dalam akaun bank.

“Dulu susah betul nak menabung, sekarang dah boleh. Alhamdulillah.

“Paling best saya boleh beri mak ayah duit setiap bulan. Bila-bila mereka minta tiada masalah untuk saya bagi,” katanya bersyukur bertemu dengan jenama Chocodap’s.

Memulakan kisah bagaimana dia ‘terjebak’ dengan bisnes coklat, Kak Tim menyertai sebagai dropship pada awalnya.

“Saya masih ingat waktu itu sekitar Mei 2018, saya mula berniaga sebagai dropship sahaja.

“Tapi tak lama, bulan Jun terus naik pangkat sebab tak sabar nak jual sendiri dan pegang stok,” katanya.

Tambah wanita berusia 41 tahun ini, niatnya berniaga untuk menambah pendapatan agar seterusnya membantu ibu-bapa sebagai membalas jasa mereka.

Bukan itu sahaja, Kak Tim juga berhasrat menggunakan hasil jualan coklat untuk tujuan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.

“Doakan agar impian Kak Tim tercapai. Saya berharap menerusi bisnes ini, saya dapat memberi manfaat kepada orang tersayang.

“Saya sangat sayang Chocodap’s kerana bisnes inilah yang banyak ubah hidup yang dulu biasa saja kini jadi luar biasa,” jelas ibu lima anak ini.

Sementara itu, Kak Tim berharap kejayaannya dapat mendorong bakal usahawan di luar sana untuk berusaha ubah hidup dengan memulakan bisnes coklat di bawah empayar Chocodap’s.

“Dalam hidup tiada yang mustahil asalkan ada usaha. Saya sendiri tak pernah terfikir dapat pegang wang berjumlah lima angka. Tetapi lepas sertai Chocodap’s segalanya bertukar realiti,” katanya yang pernah mencapai jumlah jualan tertinggi pada Disember lalu iaitu sebanyak RM 77,882.

Syabas Kak Tim!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment