Benar walaupun PAHIT, ‘Circle of friends’ adalah cerminan diri anda

‘How do you have 20 friends to go out with BUT no one to do business with?’

Change your circle

Pahit tapi benar, orang sekeliling kita menggambarkan siapa diri kita. Persekitaran kita mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak & membuat keputusan.

Seringkali kita bercakap, nak ubah nak ubah tapi sampai ke sudah tak berubah. Nak kaya, nak kaya tapi sampai ke sudah duduk diam tanpa berusaha. Duit tak tumbuh di pokok, kita yang perlu mencari jalan untuk menghasilkannya.

Kata orang tua, nak bau wangi, berkawanlah dengan penjual perfume, pasti kita terkena tempiasnya. Sama juga kalau nak berjaya, berkawanlah dengan orang yang berjaya.

Berkawan dengan semua tetapi cari masa berdamping dengan orang yang hebat, berjaya dalam hidup. Yang penting, mindset perlu positif!

UBAH CIRCLE

Percayalah, kawan yang postif akan membentuk minda kita juga ke arah positif.

Berapa ramai anak muda yang rosak akibat pengaruh rakan sebaya.

Zaman sekarang, memilih kawan adalah penting cuma janganlah terlalu memilih sampai memandang kasta pula. Berkawan biar ramai cuma bila nak berjaya, dampingi individu yang boleh membantu beri idea untuk menghasilkan outcome di masa depan.

Hidup perlu seimbang. Yang penting, berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu ya 😜

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment