Bergaya itu perlu walau WFH, ini alasannya!

Antara satu sebab kenapa ramai seronok bekerja dari rumah adalah mereka tak perlu bersiap. Tak perlu bangun pagi untuk gosok baju dan memikirkan gaya apa yang sesuai untuk ke pejabat.

Tetapi perlu tahu, berpakaian selekeh juga memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental.

Kajian dijalankan oleh saintis di Australia yang melibatkan pekerja di lima pusat penyelidikan, termasuk kakitangan pentadbiran dan penyelidik, yang bekerja dari rumah pada tempoh berkurung pertama susulan pandemik COVID-19 pada musim bunga 2020.

Kajian mereka mendapati bahawa 41 peratus responden melaporkan mengalami peningkatan produktiviti ketika bekerja dari rumah, tanpa mengira pilihan pakaian mereka.

Namun, ramai pekerja mendapati produktiviti mereka terhalang kerana terpaksa berurusan dengan anak-anak kecil di rumah.

Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana bekerja sambil memakai baju tidur boleh membuat anda berasa tertekan.

Pekerja yang memakai baju tidur pada siang hari sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu melaporkan kesihatan mental mereka merosot semasa bekerja dari rumah (59 peratus vs 26 peratus).

Dan jika anda berharap dapat mengatasinya dengan mengenakan sweat pants atau pakaian kasual lain yang biasa dipakai di rumah, jawapannya tidak kerana ia juga boleh memberi kesan yang sama pada kesihatan mental, seperti baju tidur.

Kesimpulannya, walaupun bekerja dari rumah, pastikan penampilan menarik kerana baik untuk kesihatan mental anda.

Sumber: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bekerja-di-rumah-dengan-baju-tidur-tidak-baik-untuk-kesihatan-mental-286256

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment