Kembali ke kampus, selamat maju jaya boss!

Bila MENTHOR galakkan kami sambung belajar buat Master of Business Administration (MBA).

Saya sangka zaman belajar di universiti dah berakhir. Bila nak bawa bisnes kita ke level yang lebih tinggi, status pendidikan CEO @ Director beri impak yang besar khususnya pada pelabur.

Jika dulu saya belajar kerana nak dapat markah cemerlang dengan harapan mudah cari pekerjaan. Kali ni agak berbeza, sambung belajar adalah untuk besarkan syarikat, dari sini boleh bantu ramai orang dapat pekerjaan.

Bukan mudah, nak kerja sambil belajar ni. Hopefully my top management boleh support saya dengan jaga syarikat dengan baik. Doakan agar perjalanan saya dipermudahkan ya!

CEO Chocodap’s back to school,

En. Farhan Zainuddin

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment