‘Saya disindir sebab jual coklat,’- Alami kemalangan, bekas guru akhirnya tinggalkan…

Selepas mengalami kemalangan pada tahun 2017, pemilik nama Nabila Nordin ini buntu memikirkan masa depannya.

Ditambah dengan keadaan anggota badan yang cedera serius, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella terfikir untuk bekerja sementara dari rumah.

“Tahun 2017, saya masih merupakan seorang guru tadika tetapi disebabkan alami kemalangan seterusnya kecederaan yang agak serius, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah buat sementara.

“Sementara saya menunggu untuk proses sembuh, saya mencari peluang pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah.

“Tahun 2018 membuka lembaran baru buat saya apabila terjumpa iklan Chocodap’s yang sedang mencari dropship ketika itu. Sejak itu, bermula perjalanan saya sebagai usahawan coklat,” katanya.

Bella yang berusia 31 tahun memberitahu dia tidak menyangka penglibatannya dalam bisnes coklat ternya membawa perubahan besar dalam hidupnya sekeluarga.

“Bayangkan selepas seminggu sertai sebagai Dropship, tak menang tangan saya berniaga. Coklat terjual sampai licin. Ada hari yang saya tak dapat tidur malam kerana ambil dan bungkus tempahan coklat.

“Alhamdulillah, hasil usaha selama ini saya memperoleh pendapatan luar biasa yang mencecah lima angka. Hasil jualan coklat juga saya gunakan untuk membeli kesemua perabot di rumah baru,” katanya yang baru berpindah ke rumah teres dua tingkat.

Menyingkap kembali kenangan sewaktu di awal mula menyertai Chocodap’s, Bella memberitahu dia pernah disindir oleh beberapa individu.

“Ada yang tanya ‘Boleh pergi jauh ke jual coklat je pun’.

“Saya hanya diam, biar masa menjawab segalanya. Alhamdulillah kejayaan berpihak kepada diri ini. Saya pun tak tahu di mana individu berkenaan. Semoga mereka baik-baik saja,” katanya tenang.

Tambah Bella, dia kini bergelar suri rumah sepenuh masa dan dalam masa sama menjalankan bisnes coklat sepenuh masa.

“Jujur saya kata, jiwa saya sudah ‘dibeli’ oleh bisnes coklat. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya guru tadika dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bisnes.

“Doakan agar saya terus konsisten dalam dunia perniagaan coklat kerana hasrat saya mahu membantu orang-orang tersayang dan memberi manfaat kepada orang di luar sana,” akhiri Bella.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment