IBU hamil boleh makan coklat ke?

Sebelum mengandung, bukan main tak suka dengan coklat. Tapi bila tiba je waktu mengandung, macam-macam jenis coklat ngidam nak makan. Pernah tak mommies dekat luar sana lalui waktu begini?

Mungkin ada ibu hamil yang was-was, ‘Eh boleh ke makan coklat waktu hamil?’

JANGAN RISAU kerana coklat banyak manfaat untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan!

  1. COKLAT MENJADIKAN BAYI ANDA GEMBIRA

Ternyata, keajaiban coklat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga bayi anda dalam kandungan. Menurut kajian yang dijalankan oleh peneliti di Finland, wanita yang makan coklat semasa mengandung lebih berpotensi melahirkan bayi yang gembira iaitu mereka yang banyak tersenyum dan ketawa.

Ada saintis yang berpendapat bahawa ia berpunca daripada faktor kimia oleh coklat. Namun secara psikologinya, pengambilan coklat turut melibatkan keseluruhan proses yang menyebabkan ibu berasa sangat gembira hingga ia mempengaruhi ‘mood’ bayi.

https://www.bellybelly.com.au/baby/when-do-babies-start-talking/

2) MEREDAKAN STRESS

Stress ketika mengandung memang tak boleh disangkal lagi. Bermacam macam rasa tak selesa datang sejak awal kehamilan hinggalah kandungan semakin membesar.

Ada yang mengalami ‘morning sickness’, bengkak kaki, susah tidur malam, letih, dan sakit-sakit badan. Itu belum lagi masuk ‘mood swing’ yang datang dan pergi.

Untuk meredakan segala perasaan ini, anda boleh mengambil sedikit coklat gelap yang berkhasiat. Menurut Science Focus, coklat mengandungi bahan seperti Trytophan dan Phenylethylalanine yang bertindak seperti anti-depressant yang berupaya membangkitkan rasa bahagia seseorang.

3) SUMBER ANTIOKSIDAN & NUTRISI SIHAT

Coklat amat kaya dengan antioksidan. Antioksidan amat bermanfaat untuk kehamilan kerana ia dapat membentuk sistem kekebalan dan kesihatan semasa mengandung.

Bukan itu saja, lemak ‘baik’ dalam coklat yang bersumber dari cocoa butter merupakan sumber asid stearik untuk jantung yang sihat. Selain itu, coklat mengandungi pelbagai nutrisi yang tidak kurang pentingnya seperti magnesium dan zat besi.

Sumber: https://siraplimau.com/kesan-makan-coklat-ketika-mengandung/

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment