Jawab dengan tenang, Selamat Maju Jaya Calon SPM!

Pagi ini, bermula sudah ‘pertempuran’ murid-murid yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di seluruh Malaysia.

Yang penting, adik-adik jangan stress, masuk ke dewan peperiksaan dengan hati tenang.

Di sini, kami ingin kongsikan 10 TIPS yang dapat meredakan keresahan calon-calon SPM 2020:

  1. Datang awal

Bangun awal, lakukan solat Hajat dan selepas solat subuh, bersiap sedia ke sekolah. Jangan lupa alat tulis seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Jangan gopoh, baca soalan dengan tenang

Bila buka kertas soalan jangan kelam kabut terus jawab. Baca setiap soalan dengan tenang. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Insya-Allah anda akan jawab dengan tenang. Sentiasa berfikiran positif.

3. Duduk dalam posisi santai

Maksudnya duduk dalam keadaan posisi yang betul dan selesa. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4) Teliti soalan dengan baik

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5) Jawab soalan mudah dahulu

Mulakan dengan menjawab soalan mudah kemudian baru dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

a) Soalan paling sukar

b) Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya

c) Soalan yang mempunyai markah sedikit

6) Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Teka pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7) Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis.

Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu diterangkan dulu.

8) Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9) Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

Bila dah selesai menjawab, periksa balik jawapan. Jangan gopoh nak tinggalkan dewan atau bilik peperiksaan setelah anda menjawab semua soalan ujian.

Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan Matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan Matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10) Setiap strategi akan membantu untuk kertas seterusnya

Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Semoga dengan perkongsian tips ini dapat mengurangkan sedikit tekanan untuk semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan dapat memberi manfaat! Seterusnya berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT…

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/22/over-400000-spm-candidates-to-sit-for-2020-exam-starting-today/1951728

Sumber: Blog FatehTeam

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment